C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, April 26, 2011

Masa kini

Lama tak update pasal Rania..Rania sehat Alhamdulillah, makin lama makin banyak ceritanya. Sekarang baru dapat mulut, memang da bole ajak borak. Kalau time die borak orang tak layan nati dia buat2 batuk mintak attention. Da pandai majuk. Kalau dia nangis lambat pujuk nanti dia majuk. Makin bam-bam, makin geram tgk die. Da jadi macam kawan aku sebab gi kelas sama2 balik kelas sama2. Kalo en suami takde rumah, kitorang dok berdua je. Memang da macam besfren.

Sejak da jadi ibu ni aku perasan, aku slalu tido lambat. Padahal dulu aku lah hantu tido. Tak bole tido kurang 8 jam kalo tak siang da macam 'high' semacam je. Sekarang tido pun kurang 5 jam. Itu pun kadang2 en suami kesian dia suro aku masuk tido awal. Malam dia da siap basuh baju n sidaikan. Kuranglah beban si istri ni kan. Syukurlah Rania bukan jenis bangun malam. Kadang2 kalau aku terjaga kul 4 aku angkat dia n kasi dia susu. Walaupun dia tido, aku buka mulut dia sikit n bagi susu. Nanti die dengan mata pejam2 hisap susu sambil tido. Bila da kenyang terus je kepala dia terlentok macam orang pengsan.

Kadang2 aku terjaga tengah pagi tengok dia makan2 tangan dia. Tanda dia haus sangat. Kesian tengok dia kemam tangan dia. Habis basah air liur penuh kat tangan. Weekend ni adik aku kawen. Sabtu tu buat majlis aqiqah dia dekat kampung. Buat kecil2an ajak sedara mara aje. Mintak2 Rania oklah tak meragam. Ada orang tanya tak buat cukur jambul skali ke. Kitorang da cukur da masa die berumur seminggu. Ada yang cakap kesian dia kecik lagi da kena cukur tapi tulah sunah nya. Ingat nak aqiqah kan skali tapi tak sempat nak cari kambing segala. Terpaksalah tangguh.

Nanti da habis weekend ni aku upload gambar banyak2. En suami pun da lama tak main kamera amik gambar kitorang. Memang aku dera dia suro amik gambar banyak2..hehehe.. Oklah kawan2..nak gi masak nasi untuk breakfast esok dan nak gi solat Isya'. Da pukul 12 tengah malam ni. Nak bangun awal esok. Nanti sambung lagi eh.. Jangan lupa tengok stok kain baru dekat blog tumblr tu yer. Btw, nak tanya jugak blogger2 adakah korang sukar untuk view barang2 yang dijual melalui tumblr? Bagi feedback yer. Gudnite kawan2.
My dear husband ~ love u much

Rania on d day she was born

2 comments:

mrs_nazir said...

hi arina...ur baby so cute!slama ni i jd silent reader jer coz our daughter usia sama... =)..btw ur in law ngan my family berjiran..okie, nice blog!..

mrs_nazir said...

yup...my parent kt qtrs bomba PG gak...kre ur hubby ngn adik ipar u norimah tu dlu kawan mase kecik2...dah besau pon kawan gak cuma jarang jumpa..hehe...yup pasni blehla rania kawan ngn farah plak... =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails