Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

ZARA on sale di internet

Aku taktau brape ramai kaum wanita di luar sana yang suka brand ZARA. Aku antara peminat ZARA sebab aku sukalah baju2 ZARA ni. Aku sure ramai jugak wanita2 di luar sana yang suka ZARA ni kan. So nilah aku nak cite. Tengah2 tensi dan boring dengan data yang berserabut dan internet slow dapat satu emel dari en suami "ZARA Ladieswear on sale". Adoi tengok da tergoda nak klik open. Bila bukak lagilah terbeliak bijik mata. Sudahlah banyak gila koleksi, murah plak tu. Harga memang 70% sale!!! Arghhhhhh mencik! Baju dari harga RM250 ke atas tinggal RM63.05 sahaja dan seluar jeans harga RM300 tinggal RM63.05. Berpinar mata sekejap tengok. Nilah masa nak bershoping secara berhemat. Ok tak bole nak taip banyak2 sebab nak tengok barang yang sale tu. Da banyak nak sold out. Sila daftar kan diri korang di website ni yang mana adalah percuma n invite2 kawan2 korang. Lagi ramai yang di invite, lagi ramai yang beli lagi banyak voucher shoping korang akan dapat. So jom join ramai2! Nak join …

New love

Women never get boring with handbag, no?

Crazy in love with my new handbag *wink*

Rania sekarang

Pagi2 Rania tido so update blog laju2. Malam tadi Rania tak bole tido sebab dia demam. Aku belom bagi ubat just tampal kool fever aje kat dahi dia. Sebab da lama sangat aku tengok die terjaga pastu tangan asik gosok mata tanda ngantuk, aku masukkan dalam buai n tidokan dia. Sekejap je enjut dia. Dalam 5 minit dia da tido lena. Sah ngantuk sangat. Maybe demam nak tumbuh gigi n maybe demam biasa. Perkembangan Rania sekarang kuat menjerit. Test vocal. Hehehe. Jerit plak ala2 rockers guna suara yang ujung2 aje. Kuat menggigit. Semua benda dia nak gigit tapi sebelum gigit dia akan test dulu benda tu. Dia jilat sket pakai hujung lidah dia. Comel sangat bila dia buat camtu sebab kan dia kecik so bila tengok dia keluarkan sket je hujung lidah dia yang comel untuk rasa benda tu ok ke tak dengan muka was2 memang comel giler (brape banyak comel daa nak tulis) :)
Rania da pandai hulur tangan kalau orang nak dukung dia. Kalau dia taknak kena dukung dengan orang tu dia buat bodo or peluk kuat2 sape …

I miss you...

I'm so missing those days!

MomBloggersPlanet Cutest Baby of the Planet – June 2011

Ni first time aku masukkan Rania masuk dalam contest online. Hadiah menarik so aku macam tertarik nak join. Bawa ni adalah sponsor untuk contest ni:
Photo&Print : http://photoandprint.com.myKedaiGambarKami : http://kedaigambarkami.blogspot.comTwoLittleJJ : http://www.twolittlejj.blogspot.comIzzahKids: http://izzahkids.com
Silalah 'like' saya yer semua
Nama Bayi: Rania Azzahra binti Mohamad Adham Tarikh Lahir: 9 Febuari 2011
So kepada sesape yang nak join bole klik mombloggerplanet.

Anak Melayu pertama menjadi felo dan pensyarah di Oxford

Aku terkagum sekejap tengok video ni. Ada orang Malaysia jadi felo n pensyarah di Oxford. Serius kool kan. Tapi yang buat aku lagi terkagum adalah dia dulunya cuma bersekolah di sekolah pondok dan madrasah. Bayangkan kalo kat Malaysia ni ramai yang macam tak pandang pun orang skolah madrasah ni. Even ada certain people memang rasa orang skola madrasah ni macam tak setaraf je dengan orang sekolah kebangsaan n menengah yang biasa. Walhalnya mereka ni mendapat pendidikan yang sama tapi kelebihan pada ilmu agama yang diberi lebih perhatian. So of course diorang ni brilliant dari orang lain.
So jomlah tengok interview tv3 dengan Dr Muhammad Afifi.

Ayah idolaku

Weekend ni Hari Bapa. Kalau dulu celebrate untuk ayah sendiri tapi sekarang da tambah lagi 2 orang iaitu ayah mertua dan en suami sendiri. Aku percaya memang betol bila orang cakap anak perempuan selalu menjadikan ayah mereka sebagai idola untuk bakal suami mereka nanti. (kalau ayah dia tu lelaki yang baik. Ini kalau bapa rogol anak, memang takde lah anak nak anggap die idola). Aku bersyukur sebab aku dikurniakan ayah yang sangat2 baiknya dan sangat2 menyayangi kami adik beradik. Aku sure kalau yang da lama follow blog aku ni tau macam mana rapatnya aku dengan ayah.
Aku dapat rasa Rania pun akan rapat dengan en suami. Walaupun kecil lagi tapi Rania sangat manja dengan en suami. Kalau petang dalam pukul 6 dia da tunggu en suami balik. Dia akan merengek sepanjang petang tu sampai dia nampak muka en suami. Baru lah dia diam n ketawa2 nak ajak ayah dia main. Kalau nak tido malam, kadang2 kena angin manja datang dia akan merengek sampai en suami baring sebelah ngan dia barulah dia senyap n …

Cite weekend lagi

Tiap kali update je weekend. Weekdays da xde cite sebab rutinnya sama. Hee.. Rania suda 4 bulan. Berat turun 0.2kg menjadikan berat terbaru Rania adalah 6kg saja. Rania suda banyak perkembangannya. Mulut semakin banyak. Bising nak bercakap. Paling kesian bila tengok dia sorang2 n cakap sorang2. Bila tengok aku siap2 nak kuar pakai tudung tapi tak amik dia, Rania akan merengek nak ikut. Suda suka berjalan. Kalau bawak jalan tengok orang memang fevret. Rania da pandai meniarap sendiri. Tapi bila meniarap tak reti plak nak keluarkan tangan sampai jerit2 nangis nak keluarkan tangan. Both of her parents witness the first time Rania meniarap. Pandai Rania nak suro ibu ayah dia tengok.
Rania juga tengah gatal gusi nak timbuh gigi. Kesian tengok die korek2 gusi dia dengan tangan n jari dia sampai meleleh2 air liur dia. Taktaulah bile akan keluarnya. Tadi baru sampai kasut Rania. Sangat comel ok. Tapi malas nak amik gambar. Nanti lain kali aku upload eh sebab tau korang ni mesti addicted dengan…

Weekwnd lagi

Weekend lepas (asik cite weekend je kan) kitorang melakukan aktiviti padat pada hari Ahad. Lotih eden nak cito tapi aku dan en suami seronok sebab lama sangat tak dapat jenjalan macam ni :) Jom layan gegambor jom!


Rania dan yuyu





Nak buat aksi tapi en suami da cancel kan motif tersebut..hehehe

JUst a moment thought

Tengok berita pasal orang buang anak dari tingkat 5. Wah serius aku terkejut tengok berita tu. Aku ingat maybe ayah dia yang buang sebab takkanlah ada mak sanggup buang anak sendiri dari tingkat 5 kan tapi ternyata jangkaan aku salah. Mak dia yang buang anak. Naik tingkat 5 memang bertujuan nak campak anak dari tingkat 5. Aku taktaulah kalau perbuatan dia tu bole disamakan dengan haiwan ke tak sebab aku rasa haiwan pun tak bunuh anak sendiri. Mungkin perempuan itu gila meroyan..mungkin..atau mungkin dia adalah jelmaan sesuatu menjadi manusia..mungkin. Naluri keibuan aku rasa sayu sangat. Aku bayangkan rupa Rania masa baru dilahirkan, menangis minta dipeluk dan disusukan masa dia baru lahir dan tiba2 ada wanita sanggup buang anak masa diorang kecil dan sangat memerlukan kasih sayang ibu. ooo sedihnya. Punyalah kerajaan tubuhkan persatuan dan rumah perlindungan untuk membantu wanita yang melahirkan anak luar nikah, tapi ada lagi yang berfikiran pendek macam ni.
Hari tu jugak aku baca ber…

Dear My Daughter

Love, Mummy

Weekend Yang busy

Weekend lepas wahh penuh padat aktiviti. Serius letih amat. Aku, en suami dan Rania semua memang keletihan sampai balik je rumah kitorang terbongkang tido sampai esok pagi. Sabtu lepas kitorang pegi menghantar Yayang ke rumah lelaki plak. Kirenye lepas sebullan kawen baru diorang majlis sebelah lelaki. Serius seronok. Ayah mertua Yayang sediakan tempat tido n balik dari majlis macam2 dia bungkuskan kitorang. Siap bagi satu kotak kek yang ditempah khas untuk kitorang ramai2 bawak balik. Kek tu besar amat sampai bole bagi dengan 8 family. Lupe nak amik gambar kek tu. Hehehe.
Habis majlis kitorang bergegas ke Melaka plak sebab esoknya nak pergi majlis kawen sedara sebelah en suami plak. Wah panasnya Melaka tu jangan cakap. al maklum Melaka memang negeri terpanas di Malaysia. Tak sangka kat sana terjumpa plak dengan kawan skola aku yang bernama Lan. Aku dengan Lan ni agak rapat sebab dia ni dua pupu kawan baik aku Ila. Wah Lan punye excited jumpa kat situ siap terus amik gambar n pos kat F…