C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, June 28, 2011

Rania sekarang

Pagi2 Rania tido so update blog laju2. Malam tadi Rania tak bole tido sebab dia demam. Aku belom bagi ubat just tampal kool fever aje kat dahi dia. Sebab da lama sangat aku tengok die terjaga pastu tangan asik gosok mata tanda ngantuk, aku masukkan dalam buai n tidokan dia. Sekejap je enjut dia. Dalam 5 minit dia da tido lena. Sah ngantuk sangat. Maybe demam nak tumbuh gigi n maybe demam biasa. Perkembangan Rania sekarang kuat menjerit. Test vocal. Hehehe. Jerit plak ala2 rockers guna suara yang ujung2 aje. Kuat menggigit. Semua benda dia nak gigit tapi sebelum gigit dia akan test dulu benda tu. Dia jilat sket pakai hujung lidah dia. Comel sangat bila dia buat camtu sebab kan dia kecik so bila tengok dia keluarkan sket je hujung lidah dia yang comel untuk rasa benda tu ok ke tak dengan muka was2 memang comel giler (brape banyak comel daa nak tulis) :)

Bu, nape ayah tak bangun lagi?
Rania da pandai hulur tangan kalau orang nak dukung dia. Kalau dia taknak kena dukung dengan orang tu dia buat bodo or peluk kuat2 sape yang tengah dukung dia. Slalunya kalau ayah dia dukung memang fevret die lah taknak lepas. Konon nak manja lah tu. Rania da pandai meniarap dan sedang mengangkat2 bontot dengan harapan badan akan bergerak ke depan tapi slalunya memang hampalah kan. Kadang2 tergelak2 aku tengok dia angkat bontot sambil tolak2 badan. Suka kalau bawak jenjalan. Tapi yang penting mesti bawak carrier sebab kalau ngantuk die suke tido dalam tu lebih dari aku letak dalam stroller. Aku rasa Rania macam da pandai menyanyi jugak. Dia macam baby talking tapi berirama. Slalu dia buat camni kalo dia dalam kete tengah nak tido pastu main2 dengan hippo dia.

Tengok Rania membesar depan mata sangat seronok. Aku rasa dalam masa setahun ni adalah masa untuk nampak progress dia membesar yang sangat ketara. Macam aritu baru tengok dia baru lahir tak reti buat pape n sekarang tibe2 je tengok de da pandai meniarap mengomel n segala macam benda baru yang dia discover nak buat. Aku da mula membeli baju raya Rania. Kawan2 camana? Da soping2 untuk anak tak :)


Semua benda dia kunyah

Sweet tooth

Sayang budak sorang ni

Ayah pun sayang budak sorang ni :)

1 comment:

mrs_nazir said...

comel rania!...progress same cam farah...hehehe...tp umi farah ni lame dah tak update blog..huhuh...kiz for rania!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails