C o m e A n d J o i n M e =)

Friday, July 1, 2011

Bila Rania demam

Semalam Rania demam balik. Aku balik awal sebab tak sedap hati. Bila amik Rania aku rasa badan dia macam da panas balik. Petang tu tengok memang betul Rania demam balik. Petang tu aku btau en suami yang Rania demam balik. Dia cakap bawak gi klinik lagi sebab demam dia asik datang hilang datang hilang. So sementara tunggu en suami pulang, aku siap2kan Rania n tidokan dia. Dia asik merengek je dari siang tadi. Badan sakit2 agaknya. Maklumlah, budak kecik demam mana nak reti bitau apa yang tak kena kan.

Before gi klinik Rania muntah 2 kali. Muntah kali ke2 en suami kena salin baju sebab habes muka baju n suar dia kena muntah. Rania muntah banyak sangat. Da lama dia tak muntah banyak macam tu. Dalam kereta pun rengek2 lagi. Sampai klinik Rania diam tengok orang. Aku kutis 'taik sawan' yang ada kat kepala dia n tengok2 dia da tido. Memang ngantuk sebab dia da lama sangat berjaga. Masuk bilik doktor Rania merengek lagi. Dalam kereta dia nangis n merengek tanda tak selesa. Sampai rumah aku terus bagi ubat demam n tidokan dia.

Pukul 1230 Rania bangun balik. Dia tak nangis or merengek just tak bole tido sebab tak selesa. Aku rasa badan dia panas balik. Panas lebih dari petang tadi. Aku lap kepala dia dengan tuala basah. Dia senyum2. Mata digenyeh2 sebab ngantuk tapi tak mampu nak lelaap. Kesian si kecik ni. Aku pegang dia n bagi susu. Bila demam Rania akan minum susu lebih dari biasa. Supaya dia banyak weewee n haba dalam badan pun dapat dikurangkan. Dia tido masa tengah menyusu. Bila baringkan atas katil dia bangun. Bila aku pegang balik dia tido. Might be dia selesa aku peluk dia kalau dia tido time demam2 ni. Aku pon kenalah tido duduk. Bila penat aku baringkan sebela, dia tido jap je. Dalam 10 15 minit je. Pastu bangun balik.

Tapi Rania tak nangis pun. Dia just baring sebelah n main2 sendiri. kesian. Sebab macam tu aku pun tak sanggup nak tido sebab terbayang dia pon tak bole nak tido. Kesian dia. Aku pon try tidokan dia balik. Tengok2 jam da pukul 5 pagi. Rania tertido, aku pon tertido. Bila Rania merengek bangun aku tengok da pukul 630 pagi. Aku pon bangun, kejut en suami, buat sarapan senang n try tidokan Rania balik. Ni dia tengah tido lagi. Bila siang2 dia selesa sket nak tido. Might be malam tadi sejuk sangat kot n demam pon panas dari siang2 hari. Kesian si kecik tu. Semoga cepat sembuh yer nak. Ibu doa kamu cepat baik demam.




Rania demam macam tak demam

3 comments:

Mummy Chubby said...

oowwwhhh! mummy udah mengalami situasi itu...serba x kena dibuatnye.stiap kali demam, baby akan muntah k.sapu jela mnyk panas kat perut & blkg bg die selesa.

*kdg2 blh bermasam muka ngan en suami sbb sama2 penat jaga budak sakit.hihihiiii

♥ Elin ♥ said...

rania demam nak besar nih..
hrp rania cept sembuh yer..sian mmy tuh..risaauu jer..

Princess Cindellyna said...

moga cepat sembuh ye rania!=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails