C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, July 6, 2011

Cite bila demam

Nak dijadikan cerita, Isnin lepas aku demam. Jangkit dari si kecik tu. Memang simptom yang sama dengan Rania. Dia baik, mummy dia pun kena. Da lama kau tak kena demam so bila kena memang betol2 terasa lemah badan. Takpe, itu tanda Allah sayangkan aku ;-) Mula2 kaki n tangan sejuk. Masa tu ari Ahad. Siang tu da rasa sejuk semacam. kepala pon ade berat2 sket. Malam tu sejuk betol. Berketap gigi tahan sejuk padahal en suami kata tengah panas gila kot..daaa.. So dia kata memang sah aku demam. Aku ni doklah berselubung bagai sebab nak tahan sejuk. Pakai baju 3 lapis, berstokin tapi still berketap2 gigi tahan sejuk. Teringat zaman kecik2 balik kampung mandi pagi subuh. begitulah gamaknya kesejukan itu. Kipas siap tutup sebab tak tahan sejuk.

En suami suro taruk kepala dengan kain sejuk. Aku memang tamolah sebab dahlah tengah sejuk nak suro taruk kain sejuk. Makin sejuklah chek. Tapi sebab dia tau aku demam, dia letak jugak. Rania aku letak bawah seliaan en suami. Aku masa tu da down abes macam kete buruk tersadai tepi jalan. Memang tak larat sesungguh n badan pon bisa2. Maklum da lama tak demam. En suami kata itulah demam kura2 namanya. Ok, memang betol. Aku merekot bawah comforter dan menjadi bulat seperti kura2 dalam cengkerang. Dalam masa 2 jam tiba aku tido, bila sedar2 baju da basah lencun berpeluh n aku da mula rasa bahang demam. Mula da tak selesa. Aku salin baju lain sebab baju tu bau bacin (lama eh tak pakai ayat ni..it describes busuk in a more busuk way isn't it? ngee).

Rania merengek nak susu. Maklum nak tido slalu ngempeng2 dulu. Tapi bagi direct dia tamo sebab t**e* aku panas sangat. Melecur mulut anak aku nanti jadi kes dera plak. Bagi botol pon die melalak plak sebab dia tau malam2 tak pernah diberi botol. (Ini maksudnya kalau nak ajar anak minum pakai botol or watsoever, ajarlah sebelom umur die masuk 4 bulan) So terpksalah kasi *e**k sejuk dengan menuam air sejuk di situ n barulah Rania minum sambil tido. Bila da tido aku pon baringkan dia kat katil n aku pon nak sambung tido jugak. Tapi tak bole sebab panas plak. Aku makan panadol sebijik, tak lama pastu badan rasa macam sehat plak. Aku ni jarang makan ubat. Kalau tak yer2, jangan harap nak tengok aku makan ubat2an ni. So bila makan ubat slalunya efek cepat. Tapi Panadol pon leh tahan dalam 4 5 jam je. Pastu aku rasa panas balik. Tapi masa tu da nak subuh. So aku gi mandi. Pas mandi rasalah selesa sket.


Pujuk Rania tengok kamera

Tapi lebih tertarik dengan tukang masak


Ok berjaya :)

Pagi tu en suami kata dia amik cuti sebab nak jaga istri yang sakit. Wah baeknya suami saya *wink*. Dia masakkan bubur, buatkan lauk ikan bilis, basuh baju, sidai baju, lipat baju. Baikkan suami saya? :-) Tqvm B! Love u mucho2 <3<3<3 Tapi asiklah ada incoming call. So aku suro je dia gi opis sebabnya aku bole je dok rumah jaga diri n Rania. Aku telan lagi sebiji panadol kasi demam kebah sket n dok rehat2 sambil jaga Rania. Rania pon takdelah meragam sangat. So quite oklah dapat rehat2kan badan. Petang tu ingat nak gi klinik dengan en suami tapi aku cakap kat en suami tak payah pegi sebab demam pon da surut. Esok2 mesti ok. Aku pon malam tu da tak bape nak demam n bole buat keje macam biasa. Dapat tido cukup so everything pon ok.

Esoknya aku bawak Rania gi klinik untuk cek up n Rania kena jab untuk 5 bulan plak. Rania tak nangis pon. Aku rasa Rania ni jenis tough2 jugak sebab aku rasa kalau aku ada time dia kena jab tak pernah plak dia menangis melalak. Amik darah pon maintain je tido. Berat suda 5.9kg. Aku nampak Rania da start susut walaupon berat bertambah. Dia lagi banyak memanjang dari melebar. Tapi senyum memang maintain lebar :-D Aku dok bayangkan Rania demam masa hari Jumaat tu dengan simptom yang sama macam aku. Patutlah dia tak bole tido malam. Agaknya sebab badan dia bisa2. Kesian dia. Dahlah kecik lagi. Masa demam malam tu, dia cuma bole tido bila aku peluk die erat2 dalam dakapanku (macam lirik lagu eh? Lagu apa eh?). Sian anak ibu ni. Takpelah Rania, mana2 kamu selesa asal kamu tido yer nak.

Love u both so  much <3 <3 <3

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails