C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, July 5, 2011

Kita slalu lupe

Kita ni slalu lupe. Kena sakit sket, merungut lebih2. Panas sket, bising. Hujan pun bising jugak. Tak bole nak susah sket. Asik nak senang je. Nak senang pon bukan senang. Padahal kita lupa ada yang lebih susah dari kita. Ada yang diduga lebih dari kita. Aku nak cite pasal seorang kawan aku ni. Dia ni bukan coursemate aku tapi kitorang 1 jabatan masa blaja kat upm dulu. Aku amik kos matematik, die amik kos statistik. Orangnya memang lemah lembut. Seingat yang aku ingat masa dekat upm dulu die ni memang baik. Cakap pon lembut je. Maybe ade yang cakap sebab dia sakit, aku puji memanjang tapi serius aku tak tipu, sepanjang aku kenal die, die ni memang baik. Memang type2 wanita melayu terakhir ni.

Die ni bukan sakit sket2. Die kena brain tumor. Yer kawan2, brain tumor. Dengar pon da gerun kan. Apa lagi mengalaminya. Dan die da stage 4. Die dapat tahu die kena brain tumor masa 1 Mac aritu. 6 Mac tu anniversary dia yang pertama.

pic from moon blog
Tulah Norma. Aku masa dapat tahu Norma masuk hospital dan sakit, aku terkejut. Meleleh airmata tengok keadaan dia. Sebab aku kenal masa dia sehat n bila tengok die terlantar macam tu aku sebak sangat. n yang buat aku lagi sebak sebab ni.

pic from moon blog
Norma ada anak. Nama dia Rafiq. Umur Rafiq dengan Rania lebih kurang. Aku tak bole bayang Rania tanpa aku kat sisi. Sedeynya...Aku tak mampu nak taipkan perasaan aku sekarang bila tengok gambar Norma dengan Rafiq ni. Sayu n sebak sangat :'( Suami Norma sentiasa ade bersama Norma. Nama suami Norma Abdul Mutalib. Aku tersentuh bila Talib ni cakap pada abang dia (dalam blog moon aku baca) "Abg , kami baru kawen ...tak der apa pun Norma buat salah kat Lib ...gaduh pun tak sempat ...apa pun tak sempat bang ...apa pun Lib terima bang".

pic from moon blog

Sekarang Norma tengah menjalani rawatan TF Advanved Plus. Family Norma tengah nak proceed dengan B17 injection yang cost die dalam 10,000. Kalau ada yang sudi membantu bolelah hulurkan bantuan ke akaun Norma terus.

cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif

Jomlah kita tolong orang yang memerlukan. Mungkin hari ni kita senang tapi esok2 sape tau masa kita plak susah. Dan 3 perkara yang akan dibawa semasa mati adalah, doa anak yang soleh, sedekah dan ilmu yang bermanfaat. 

Kalau korang nak tau update pasal Norma, bole lawat blog moon. Moon ni biras Norma.

1 comment:

aRtIsHaM said...

akak pun ada baca blog moon last week..sebak sangat..akak nangis..lebih2 lagi kesian kat rafiq..

dengar citer kuarga norma nak try berubat kat rawatan islam al-hidayah...semoga Allah permudahkan urusan mereka..amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails