C o m e A n d J o i n M e =)

Thursday, July 14, 2011

Marah tanda sayang

Tergerak hati nak menaip dalam blog bila baca blog Puteri Nur. I adore her as a mum. Ada masa kawan2 jenguklah blog dia. Sangat menarik bila baca tentang life dia dengan Mr Bubu n her two cute children. Ada satu entri dalam blog dia tentang perasaan bersalahnya selepas memarahi Obiya (her 2nd child). I was crying when I read this entry (actually banyak entri dia yang buat hati mak2 I ni tersentuh ok). Aku nangis sebab aku pon terasa (sape makan cili mestilah rasa pedas kan).

Tak dinafikan aku pon kadang2 bila penat sangat n Rania buat perangai merengek dia, aku akan marah Rania. En suami knows well on how it will turn out. Biasanya bila aku penat, aku nak tido awal n aku akan baringkan Rania sebelah aku sambil menyusu. Kadang2 datang time aku rasa letih sangat. Badan plak sakit sebab kena mengiring time menyusukan dia n I will have a back pain yang sangat pain. Masa tu hati memang berkecamuk dengan rasa letih yang amat. Kalo Rania tertido sama2 dengan aku, then takde masalah tapi bila dia tiba2 nak extra attention, masa tu akan datang problem. Rania bila ada benda tak kena masa nak tido (might be dia tak selesa) dia akan pusingkan badan dia kiri kanan and then mulut akan merengek tak berenti sambil mata tertutup. Biasanya mula2 aku akan pujuk dia suro tido sambil usap2 kepala dia suro tido. n lepas 2 3 kali buat macam tu, kalau Rania still merengek jugak n kena masa tu angin aku tak baik, Rania akan kena marah dengan aku.

Might be ada yang akan cakap aku ni garang n sangat tak patut marah budak yang belum pun berusia setahun, tapi kadang2 datang emosi yang aku tak bole nak kawal ditambah dengan rasa penat yang menguasai diri aku akan terus marah si kecil tu. Otak tak mampu berfikir secara rasional dan kepala hanya pikir nak tido saja (feel ashamed with myself). Kadang2 Rania akan terus senyap n tido tanda die paham aku penat dan tak larat nak layan kerenah dia. Kadang2 Rania akan buka mata dan menangis tanda sedih n mau dipujuk (kalau dia tak nangis pon biasanya aku akan pelok dia lepas aku marah dia). Biasanya bila die menangis aku akan pujuk. Aku akan peluk n cakap baik2 dengan dia, "Rania jangan menangis ok. Ibu mintak maaf marah Rania. Ibu penat, Rania tidolah awal malam ni yer. Esok kita main". Biasanya dia akan terus diam n tido. 

Aku kadang2 rasa tak patut marah dia sebab dia kecik lagi, tapi aku notice yang Rania paham bila suara aku da tinggi nadanya tanda aku tak suka n biasanya dia akan behave. Sekarang aku dalam proses untuk belajar bercakap dengan dia tanpa meninggikan suara. Jadi ibu ni bukan saja untuk membesarkan anak2 tapi untuk belajar jugak dari anak2. Aku cuba belajar dari kesalahan dan mengawal emosi sebaik mungkin. Walaupun cara memarahi anak tu macam berkesan tapi aku rasa cara tu tak bagus untuk digunakan selalu. Tapi aku pon tamo berlembut sangat dengan dia sampai naik tocang plak bila dia da besar nanti. Biasanya lepas aku marah Rania, aku akan diselubungi rasa menyesal dan kesian yang amat sangat pada dia. So aku akan peluk dia kuat2 n cakap ibu sayang Rania dengan harapan Rania faham yang aku marah sebab aku tak suka dia buat perangai.

Sekarang ni bila nak tido, Rania da tak buat perangai sangat. Kadang2 siap dia peluk aku masa tengah tido. Kadang2 dia saja nak aku tido skali dengan dia. Bila dia nampak aku da tido, dia pon akan lelap tak lama lepas tu. Kalau dapat peluang tido antara aku dengan en suami, memang dia akan menyelit kat bawah ketiak en suami. Tah apa yang sedap sangat bau ketiak en suami tu pon aku tak tau. Aku kadang2 takut dia tertindih sebab en suami memang jenis tido lasak n tak sedar diri even masa anak dia nangis. Sebab tu aku slalu letak Rania tido dalam baby court dia. Kesian Rania dapat ibu garang macam aku but Mummy will always love u sayang!


p/s: Aku sakit hati bila malam2 buta, orang naik moto laju2 dengan bunyi bingit lalu depan rumah.. Nak je aku bako motor dia dengan penunggangnya skali.. Anak aku nak tido kot!

5 comments:

Kasihku Abadi said...

comel rania..kadang2 teringin nak berperasaan dan berperangai mcm tu..bila la agaknya..

~ SueHarriz ~ said...

kalo cter pasal anak2 mmg sng je air mata kuar..normal lah B. ibu mesti akan marah anak2 dia. ibu yg diam je, tandanya dia x kesah. dlm kes su pn, mmg su garang dgn harriz...tp dgn garang tu la dia terbentuk peribadi...xleh bg muka sgt nt ke lain jd nya. mak2 kita dulu pn bknnay berlembut sgt kan? sbb tu kita lh jd manusia. b... tul x.tp xde la sampai tahap mendera...byk kali jgk harriz kene denda, even dia baru 2 tahun..pastu su sdri la sedih sorg2, lg sedih kalo dia nngis smpai tertido..nk buat cmne kan, hati ibu kene kuat, demi anak2 jgk..huhuu.. sedeeyyyy...

nurarinab said...

Insyallah one day kasihku abadi :)

sue:sgt benar!kite ibu2 je phm perasaannya kan..bila da mrh ank lps tu rs sedey.lg bile die ngs lg sedey kan tp kdg2 trpksa je kebalkan diri utk bentuk die jd org kan..huuu

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

Rania... ur daughter name same with mine :)

nieza pon kerap marah Rania berbanding en hubby... tp yg pastinye seribu penyesalan akan dtg pastu... nieza akan peluk cium die sampai puas.. sampai die dah tak nanges lg.. sebak jugak bile tgk die tdo after kte dh marahkan die kan.. kejam kah kite sbg ibu marahkan anak?

nurarinab said...

tak kejam sebenarnya as long as x melampaui batas..mcm mn pn kn mrh jgk kalo salah..kalo x nnt die jd mua kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails