Skip to main content

Tru Confession

Hari ni sabtu. Sementara aku tunggu en suami balik untuk balik kampung, aku tengok tv3. Disney kid drama. Tajuk dia 'Tru Confession'. Cerita dia pasal adik beradik kembar. Kembar laki perempuan. Yang laki tu cacat. Terencat akal. Yang perempuan tu sempurna. Walaupun adik dia ni cacat tapi kakak dia ni sayang sangat adik dia ni. Dia treat adik dia ni macam orang normal. Bila geram dia marah. Bila adik dia nak main, diorang main sama2. They even go to school together. Sekolah dia ada kelas untuk kanak2 yang retarded ni (which is very cool I think). Walaupun adik dia ni retarded, tapi ada masa adik dia ni sedar yang dia retarded n sedih kenapa dia cacat.

Ada satu part ni, adik dia dapat topi free dari stranger. Bila kakak dia dapat tahu, kakak dia marah n suro pulang balik. So kakak dia bawak adik dia pegi jumpa balik stranger tu n amazingly, stranger tu adalah lelaki yang kakak dia admire kat skola. Mula2 kakak dia hepi tapi lepas tau laki tu sebenarnya nak mempersendakan adik dia yang cacat, dia sangat marah dan benci budak laki tu. Ok, aku bukan nak ceritakan pasal cerita ni tapi nak cerita pasal apa yang aku pernah lihat masa aku skola dulu.

Sekola menengah aku dulu pon ade sorang budak yang terencat akalnya jugak. Dia lah satu2nya pelajar cacat yang ada kat skola tu. Kalo tak silap aku, UPSR dan PMR dia, dia lulus sebab tu dia dapat masuk skola biasa. Dia ade kakak tapi kakak dia skola sesi pagi n adik dia yang cacat ni sebelah petang. Name dia Lia. Satu skola kenal Lia sebab Lia sangat peramah dan suka senyum. Mana2 dia pergi, dia akn lambaikan tangan dan senyum. The smile never fades from her face. Lia tua setahun dari aku. I never get a chance to know her tapi kalau jumpa aku mesti senyum pada Lia.

Tapi aku pelik. Kadang2 ada yang tak bersimpati langsung pada Lia. Mempersendakan dia sebab dia terencat. Pernah skali tu aku duduk dekat dewan sebab tunggu perhimpunan start. Kat hujung dewan, aku nampak segerombolan manusia sedang membuat bulatan dan bertepuk tangan sambil bersorak. Aku tak pergi tengok tapi aku sempat tanya pada kawan aku apa yang jadi. Rupanya ada student yang suro Lia menari kat situ dan dia menari dengan perasaan gembira sebab dia ingat bila orang bersorak gembira, orang suka. Walhalnya orang tengah ketawakan dia. Masa tu aku rasa nak nangis. Tak ke diorang rasa simpati pada dia. Rasa macam nak marah diorang tapi aku tak sebab aku bukanlah sekuat mana. Hanya mampu bersimpati di dalam hati. Lia berhenti menari bila kakak dia datang dan marah pelajar2 tu.

Aku tak paham dengan minded setengah orang. Tak ke rasa simpati pada dia. Dia lahir cacat bukan atas kehendak dia. Kadang2 aku tengok ade sesetengah orang rasa takut nak bergaul dengan diorang, takut nak pegang budak2 cacat ni. Kalau diorang tegur, takut nak membalas balik. Kenapa? sebab diorang cacat ke? sebab diorang menakutkan ke? ke sebab ko rasa ko sempurna tak layak bergaul dengan diorang. Aku rasa kalau Allah benarkan manusia tu Allah bagi pilih nak lahir macam mana, semua pilih nak jadi sempurna dan cantik tapi Allah Maha Kaya dan Adil. Walau ada yang lahir terencat akal, dia confirm2 masuk syurga. Kita ni? Belum tentu lagi. Fikir2kanlah..

Comments

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…