C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, July 18, 2011

Zoo johor

Weekend lepas kami bersantai2. Sabtu operasi membersihkan rumah. Basuh baju sampai 5 trip. Mop lantai sampai berkilat2 macam cincin 24juta USD. Trim rumput kat celah2 tembok kul 12 tengahari. Masak nasi lemak pastu malam gi pasar malam beli megi goreng n kuey tiau  kicap yang sodap. Seronok bila skali skala dapat santai2 gitu. 

Ahad, en suami ajak pergi zoo. Aku ni tak pernah gi zoo Johor. En suami ajak gi pagi2 supaya tak panas sangat. Tapi sah2 sekarang musim panas. Baru setengah jam jalan dalam zoo, ketiak da berlengas. Ingat kecik aje zoo nye tapi sebenarnya aku rasa 1200 kalori jugaklah terbakar. mau taknya, zoo johor bukan macam zoo negara. Ada train bole naik bila penat. berbukit2 n tangga aje memanjang yang perlu didaki.

Tapi haiwan2 die banyak jugak. Harimau dia aku rasa ada 5 ekor, singa ada 10 ekor. Banyak betol singa dengan harimau dia. Masa aku datang ada bird show. Kena plak time tu ade lawatan pelajar2 dari skola tadika, memang meriah alam lah. Macam sukaneka plak aku rasa. Aku puaslah tunjuk2 binatang2 dekat Rania, tapi Rania macam nampak tak nampak je. Yelah budak 5 bulan bukan kisah sangat kan. En suami kata nanti kalau Rania da besar sket bole bawak die gi zoo Singapore. Yeay!

Lepas dalam setengah jam kat zoo, Rania pon da tido. Sampailah masuk dalam kete pon sambung tido jugak. So trip zoo tu memang untuk aku dengan en suami je.. Hehehe. Tapi aku seronok gak sebab banyak jugak binatang yang aku slalu nampak dalam tv je aku dapat tengok live. Lepas tu aku gi jusco sebab nak singgah kedai buku tapi tak jumpa plak buku yang dicari. So aku dan en suami gi makan then terus pulang. Hajat nak gi nursery petang tu tapi Rania dan en suami lelap petang tu macam letih amat. Paling dahsat si Rania tido dari petang sampai pagi esoknya. Penat macam die kena round zoo tu jalan kaki plak. Hehe. Jom layan gambar plak :)

En suami bayar tiket rm3 je sorang

Rania nangis minta didukung..
 
Tengok bird show tapi Rania nak lelap dah

Us
Rania ni deer..tapi Rania bolayan
Belakang tu ade kelawar yang seknadang ngan burung
Elephant tengah makan
Chimpanzi mintak roti
Lion bersantai
Bini2 lion pun sama
Rehat dulu sebelum sambung jalan
Harimau da mula tawaf kandang sebab lapar
Harimau dahan ni comel sangat

1 comment:

Mummy Chubby said...

Nant bila dh nak msuk 2thn, bwk la gi zoo melaka...konpem rania lag teruja. :)

*neway, tq 4 da wish

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails