Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Selamat Hari Raya!

Pejam celik pejam celik Ramadhan bakal berakhir dan Syawal bakal menjelma. Ya Allah pantas betul masa berlalu. Tahun lepas beraya berdua aje, tahun ni da bertiga. Preparation aku pon ala kadar je. Kueh beli 2 3 jenis je yang lain sume orang bagi :) Alhamdulillah ade rezki untuk kami. Aku bz layan kerenah Rania aje sekarang ni. Rania tengah belajar nak merangkak. Tangan n kaki da dok dalam posisi merangkak tapi taktau nak gerak macam mana.
Bila cerita pasal makcik ni aku teringat hari tu masa weekend, lepas subuh aku tido balik. En suami pon tido balik tapi kat depan, aku dengan Rania tido bilik. Rania kejut aku bangun pukul 8 tapi aku ngantuk lagi. So aku bagitau Rania aku nak tido kejap je lagi. Rania main sorang2 dulu2 ea. Rania main sorang2 n aku tukar posisi tido. Tiba2 aku rasa pipi aku da basah. Rupanya Rania mengesot sampai muka aku n die gigit pipi aku dengan mulut tanpa gigi dia tu. Bila aku bukak mata Rania sengih2 ajak main.
Rania selalu cranky sebab dia nak tumbuh gigi. Menj…

Kasut sape

Semalam aku dan en suami keluar pergi Angsana. Hajat hati nak cari kasut en suami sebab kasut die sume habes kena rembat. Kesian en suami sebab kasut2 tu sume ade sentimental value. Takpelah b. Kena redha. Insyallah ade yang lebih baik untuk awak nanti.Pelik aku sebab tengah minggu tapi ramainya orang dalam tu macam ada sale 90% untuk semua barang. Kalo weekend memang aku tak bole bayang lah. Bawak Rania yang da ala2 ngantuk. Nasib die tak meragam sebab Rania memang suka tengok orang ramai2 ni.
So kitorang pi kedai kasut je. Kedai selain kasut memang mak tak layan ok. So cari satu2 tempat kedai yang kitorang nak cari kasut. Kasutnya kitorang da aim. Ada few kedai yang kitorang tau ada kasut tu jugak. Aritu kitorang pegi warehouse sale tapi tak beli sebab takde saiz en suami. Pattern yang dia minat slalu habes awal. So bila tengok2 kat Angsana ni jumpa lah pattern yang sama dengan kat warehouse sale ni. Tapi kat semua kedai yang ada kasut ni die letak tag 'New Arrival' maksudnya…

Weight problem!Help!!!

Lately ni ramai jugak kawan2 yang bersalin bulan Ramadhan. Memang seronok bila dapat tengok bayi2 kecil yang comel2 itu. Teringat kenangan2 sewaktu melahirkan Rania. Sakit nak melahirkan Allah aje yang tahu tapi bila tengok je wajah Rania, hilang segala sakit. Terus datang rasa syukur dan seronok atas kelahiran. Tapi kali ni aku bukan nak blog pasal melahirkan anak tapi pasal berat badan selepas melahirkan. 
Aku masa mengandungkan Rania berat nai secara konsisten. Pada minggu2 yang sepatutnya naik 0.5kg seminggu, aku naik 0.5kg seminggu. Time patut naik 2kg seminggu, aku pon naik 2kg seminggu. So berat badan taklah naik banyak masa preggy. Sampai 39minggu pregnant, berat aku 63kg sahaja dari berat asal aku 52kg. Selepas sahaja Rania lahir, berat aku jadi 54kg dan selepas berpantang berat aku jadi 52kg. So oklah bila dapat berat asalkan. Tapi masalah sekarang berat aku da jadi 43kg. Dan aku rasa sempena bulan Ramadhan ni, berat aku turun lagi. Aku taktau da brape tapi melalui tulang di …

Serba sket Ramadhan

Aku belom pernah cite lagi rutin kitorang bulan pose ni kan. Takde apa sangat pon nak diceritakan. Hari2 aku masak kat rumah. Masak 2 3 lauk je. Pegi bazar pon cume beli 1 2 jenis kueh je. Tapi kebanyakan harinya aku tak pegi bazar pon. Aku bukan jenis yang gi bazar tamak nak beli sume jenis makanan. Dulu kecik2 mungkinlah kot tapi bila tengok las2 kenyang tak larat nak makan, confirm lah dugaan nafsu aje tu. So sejak tu da tamo da membazir beli banyak2 sebab las2 tak makan pon.
Encik suami slalu ngidam cempedak goreng so kalau sempat gi bazar beli lah cempedak goreng. Sedap wehhhh..mana bole tak sedap kalau sebijik 50 sen. Mahal kan..zaman sekarang sume benda nak mahal. Kadang2 sedey jugak nak bayar bile mahal2 macam tu tapi sebab da teringin, belilah jugak. Kitorang ade jugak buka pose kat luar 2 3 kali. Tapi slalunya atas invitation ofis en suami. Kadang kalau aku malas nak ikot, en suami gi sinri. Aku bukan ape, kalau buka luar ni nak kena cari surau, nak rebut2 lagi. Sangatlah tak…

Presiden termiskin di dunia

Aku memang sangat kagum dengan Ahmadinejad. Masa blaja dulu lecturer suro buat assignment dengan mengambil pemimpin dunia sebagai contoh, aku pilih dia as contoh untuk assignment aku tu dan Alhamdulillah dapat markah penuh :)
 Aku dapati dia ni sangat tegas dan sangat bijak menggunakan psikologi ketika ada ura2 US ingin menyerang negara beliau. Yes, beliau membuat ujian nuklear supaya US tahu yang dia juga ada kepakaran menggunakan bom dan mempunyai cukup jentera untuk berperang, Maka Us tak berani pon nak serang mereka. So mari kita baca lebih info tentang beliau. Info dari sini SembangKosong
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh stesen Televisyen Fox (AS) tentang kehidupan peribadinya:

"Ketika anda melihat cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?" Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya: "Ingat, kau tidak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggungjawab yang berat,…

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita renungkan bersama khutbah Rasulullah ini
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwasp…

On the day she was born

Aku teringat masa aku lahirkan Rania. Masa Rania baru lahir, Rania suda menangis lapar tapi masa tu aku kena jahit koyak akibat bersalin. Sampai 2 jam dudok dalam wad bersalin, Rania tak berhenti menangis so nurse bawak Rania masuk dalam bilik bersalin n sambil aku dijahit, aku diajar memberi Rania minum susu. Masa tu first time aku cium Rania dan bau dia sangat wangi. Macam en suami cakap, bila Rania lahir ada satu bau wangi yang keluar bersama dia. Might be betullah orang cakap yang baby baru lahir ni datang dari syurga.
Lepas da dijahit, kena tunggu doktor datang cek untuk tengok baby ok tak. Rania masa tunggu tu menangis. Masa tu aku tak bole lupakan tangisan dia sebab sangat comel dan tangisan bayi yang nak mak die peluk dia. Aku peluk Rania erat2 n nyanyikan lagu selawat perlahan2 kat telinga dia. Rania terus diam n tido. I wish I had record that moment! 
After 9 hari lahir, aku tengok badan Rania panas. Aku suspect demam. So aku suro en suami bawak gi hospital cek. Dia tak demam …

The Roost

Da lama tak citer pasal 'us on weekends' kan (lama lah sangat). So las weekend adalah before Ramadhan. Hari Sabtu en suami keje sekerat hari so aku dok di rumah bermalas2an. Buat keje rumah sket2, kemas mana2 yang patut. Bilik belakang yang patut dikemas aku tak kemas sebab lupa (paling lame itu excuse) lepas tu mesej en suami cakap "malas masak jom makan luar!" (burukkan perangai bini ni malas nak masak). En suami balik rumah kitorang lepak2 lagi. Dia kat opis da makan sebab ade majlis sebab tu bole lepak2 lagi tapi kalau takde mesti die da ajak kuar laju2. ngeh3. Aku bole tahan perut sebab aku da makan nasi goreng yang aku masak pagi tadi.
So kitorang decide untuk ke The Roost Cafe. Cafe ni dekat Jalan Dhoby, JB. Kalau turun JB korang bole jenjalan kat sini sebab banyak kedai2 yang ala2 klasik dan sangat Malaysian untuk korang try food die (aku berharap sangat one day dapat bukak butik aku kat sini, Insyallah). Kadang2 makanan die so-so aje tapi die nye deco macam s…

Rania first solid food

Hai kengkawan! Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Ya Allah cepatkan masa berlalu. Pejam celik pejam celik da puasa. Teringat dulu buat entri masa puasa las as anak dara. Sekarang da mak dara da. Cepat betol masa berlalu. So jomlah kita tambah amal banyak2 yer kawan2. So sempena Ramadhan kali ni, aku decide bagi Rania makan walaupun dia belum masuk 6 bulan lagi. Tapi sebab pikir lagi 9 hari je nak 6 bulan kalau bagi makan masa bulan Ramadhan ni, so aku kira halal je bagi die makan. Lagi pon Rania da makin kuat minum susu. Aritu aku kena balik awal sebab susu da abes. So aku rasa better start bagi makan supaya die kenyang sket.
Kalau susu Insyallah tak campur lagi kalau masih ada rezki untuk Rania minum dari mak dia ni. So aku plan nak bagi solid food aje. Mula2 try buat pisang lenyek campur susu. Rania macam tak brape gemar sangat tapi dia makan jugaklah walaupun tak habes. Lepas tu aku ajak en suami pegi beli biskut baby yang bole campur air jadi bubur tu sebab Rania macam suka munch…