C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, August 17, 2011

Kasut sape

Semalam aku dan en suami keluar pergi Angsana. Hajat hati nak cari kasut en suami sebab kasut die sume habes kena rembat. Kesian en suami sebab kasut2 tu sume ade sentimental value. Takpelah b. Kena redha. Insyallah ade yang lebih baik untuk awak nanti.Pelik aku sebab tengah minggu tapi ramainya orang dalam tu macam ada sale 90% untuk semua barang. Kalo weekend memang aku tak bole bayang lah. Bawak Rania yang da ala2 ngantuk. Nasib die tak meragam sebab Rania memang suka tengok orang ramai2 ni.

So kitorang pi kedai kasut je. Kedai selain kasut memang mak tak layan ok. So cari satu2 tempat kedai yang kitorang nak cari kasut. Kasutnya kitorang da aim. Ada few kedai yang kitorang tau ada kasut tu jugak. Aritu kitorang pegi warehouse sale tapi tak beli sebab takde saiz en suami. Pattern yang dia minat slalu habes awal. So bila tengok2 kat Angsana ni jumpa lah pattern yang sama dengan kat warehouse sale ni. Tapi kat semua kedai yang ada kasut ni die letak tag 'New Arrival' maksudnya no discount.





Kitorang siap jumpa kat warehouse diskaun pon dekat RM100 tapi kat situ takde less langsung. So en suami kata baik die beli je kat warehouse tapi kasut yang pattern die lain sket. Before balik kitorang singgah Bata. Aku memang suka Bata. Most kasut aku yang bole dipakai lama adalah dari Bata. Sempat sambar 2 kasut dari Bata. Murah je pon kasutnya tapi pattern macam ala2 Clarks. Nak beli Clarks tak mampu so pakailah Bata kan. Hehe. Aku suka ok sebab sangat comfy n murah! Berbaloi baloi.. Sudahnya kasut en suami tak dapat tapi aku yang sambar sampai 2 kasut..hehehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails