Skip to main content

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita renungkan bersama khutbah Rasulullah ini

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). ( Surah Al-Maidah 5: Ayat 2)

Comments

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…