C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, August 3, 2011

On the day she was born

Aku teringat masa aku lahirkan Rania. Masa Rania baru lahir, Rania suda menangis lapar tapi masa tu aku kena jahit koyak akibat bersalin. Sampai 2 jam dudok dalam wad bersalin, Rania tak berhenti menangis so nurse bawak Rania masuk dalam bilik bersalin n sambil aku dijahit, aku diajar memberi Rania minum susu. Masa tu first time aku cium Rania dan bau dia sangat wangi. Macam en suami cakap, bila Rania lahir ada satu bau wangi yang keluar bersama dia. Might be betullah orang cakap yang baby baru lahir ni datang dari syurga.

Lepas da dijahit, kena tunggu doktor datang cek untuk tengok baby ok tak. Rania masa tunggu tu menangis. Masa tu aku tak bole lupakan tangisan dia sebab sangat comel dan tangisan bayi yang nak mak die peluk dia. Aku peluk Rania erat2 n nyanyikan lagu selawat perlahan2 kat telinga dia. Rania terus diam n tido. I wish I had record that moment! 

After 9 hari lahir, aku tengok badan Rania panas. Aku suspect demam. So aku suro en suami bawak gi hospital cek. Dia tak demam tapi doc tengok die kencing kotor sampai kena warded. Aku kena tido hospital. Semalam tido hospital aku mula rasa badan aku macam tak sedap. Maklum kena aircond. Sejuk. Aku mintak tolong MIL cakap dengan doc aku nak balik. Syukur doc benarkan. Rania pon balik rumah sama dengan tangan berbalut.

Esoknya pergi ke hospital balik sebab nak masukkan antibiotik dalam badan Rania. Rania menjerit sekuat hati. Airmata aku pon mengalir deras sama bila dengar Rania menangis. Bayi kecil kena masuk ubat dengan jarum. Aku tak sanggup nak tengok lama2. Nanti aku takut aku amik anak aku dari tangan doktor plak. Hehe.

Sampai sekarang bila tengok gambar Rania masa baru lahir macam ada perasaan yang mencuit2 hati aku buat mata bergenang dan mulut tersenyum :)


She will always be my baby
Rania warded
My poor little baby
Mummy will always love u baby

1 comment:

♥ Elin ♥ said...

tersgt indah kan masa tuh!!
smpai skg masih ingat wajh sikecik masa panas2 baru keluar kan. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails