C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, August 2, 2011

The Roost

Da lama tak citer pasal 'us on weekends' kan (lama lah sangat). So las weekend adalah before Ramadhan. Hari Sabtu en suami keje sekerat hari so aku dok di rumah bermalas2an. Buat keje rumah sket2, kemas mana2 yang patut. Bilik belakang yang patut dikemas aku tak kemas sebab lupa (paling lame itu excuse) lepas tu mesej en suami cakap "malas masak jom makan luar!" (burukkan perangai bini ni malas nak masak). En suami balik rumah kitorang lepak2 lagi. Dia kat opis da makan sebab ade majlis sebab tu bole lepak2 lagi tapi kalau takde mesti die da ajak kuar laju2. ngeh3. Aku bole tahan perut sebab aku da makan nasi goreng yang aku masak pagi tadi.

So kitorang decide untuk ke The Roost Cafe. Cafe ni dekat Jalan Dhoby, JB. Kalau turun JB korang bole jenjalan kat sini sebab banyak kedai2 yang ala2 klasik dan sangat Malaysian untuk korang try food die (aku berharap sangat one day dapat bukak butik aku kat sini, Insyallah). Kadang2 makanan die so-so aje tapi die nye deco macam sangat best so rasa seronoklah nak lepak2 sana. Kalau gi malam da bole gi Pasar Karat. Pasar Karat ni macam uptown tapi in a more convenience way sebab taklah sesak. Jarak dari kedai2 ke kedai sangat luas dan banyak giler benda2 yang dijual dan sangat panjang. Jenuh jugaklah nak berjalan. Tapi kitorang tak gi Pasar Karat pon sebab plan nak makan aje.

Makan dekat kafe ni. Aku order Nasi Lemak special dan peach n passion tea. En suami order Nasi ayam n white coffee. Pastu add on Hash brown. Teka brape harga die caj? Sume skali RM35. Pada aku agak mahal sebab sangat biasa food die. So aku cakap dengan en suami memang skali je aku datang sebab aku tak bape sangat dengan food die. Baik kitorang makan kat It-Roo cafe. Lebey best dan harga pon sangat ok. Ok mari kite layan foto!













No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails