C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, August 15, 2011

Weight problem!Help!!!

Lately ni ramai jugak kawan2 yang bersalin bulan Ramadhan. Memang seronok bila dapat tengok bayi2 kecil yang comel2 itu. Teringat kenangan2 sewaktu melahirkan Rania. Sakit nak melahirkan Allah aje yang tahu tapi bila tengok je wajah Rania, hilang segala sakit. Terus datang rasa syukur dan seronok atas kelahiran. Tapi kali ni aku bukan nak blog pasal melahirkan anak tapi pasal berat badan selepas melahirkan. 

Aku masa mengandungkan Rania berat nai secara konsisten. Pada minggu2 yang sepatutnya naik 0.5kg seminggu, aku naik 0.5kg seminggu. Time patut naik 2kg seminggu, aku pon naik 2kg seminggu. So berat badan taklah naik banyak masa preggy. Sampai 39minggu pregnant, berat aku 63kg sahaja dari berat asal aku 52kg. Selepas sahaja Rania lahir, berat aku jadi 54kg dan selepas berpantang berat aku jadi 52kg. So oklah bila dapat berat asalkan. Tapi masalah sekarang berat aku da jadi 43kg. Dan aku rasa sempena bulan Ramadhan ni, berat aku turun lagi. Aku taktau da brape tapi melalui tulang di bahu yang semakin mampu menadah air dan tulang rusuk yang sudah mula kelihatan di dada, aku sure berat aku turun banyak da. Mungkin suda 40kg agaknya.

Aku tak proud dengan kekurusan yang macam ini. Ini suda hampir setanding dengan model2 yang anaeroxia itu. Ouchhh pedihnya hatiku. Pakai baju apa pon rasa tak cantik. Lagi nak raya ni lagi sedih. Rasa macam pakai baju orang lain plak. Gebeh sana sini. Pipi aku ni da mula kuarkan tulangnya. Dulu kemain lagi beli blusher kaler coklat sebab nak kasi efek tulang pipi timbul. Sekarang da tak payanh nak efek2 da sebab memang da tersembul keluar da tulang pipi tu. Arghhhh ngeri!!!

Aku taktau nape aku bole kurus macam ni. Nak kata sebab menyusu, takkanlah sampai dekat 10kg aku turun. Kalau bukan bulan pose, aku makan 4 pinggan nasi kot sehari. Aku sangat kerap makan. Kalau setakat susu sekotak besar tu memang 2 hari aku bole habeskan. Mungkin sebab tak cukup tido sebab aku jenis yang kena tido sehari 8jam. Kalau tidak memang senanglah nak turun berat badan. So kawan2, ade tak tips2 nak naikkan berat badan masa2 menyusukan anak ni.

3 comments:

Mummy Chubby said...

Mummy dlu pun camtu gak tap lps khaleesa dh x breastfeed, bdn tros naik mncanak2...huhuuu

Hafiza Abdul Latiff said...

jeles!ambik la lemak pza ni :P

cik fara said...

kurusnya ko b. ko tinggi kene berat 50-60 kg. adess.aku plak terlebih berat. makan banyak carb la weh. tak pon gi jumpe dietitian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails