Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Thank u Bunny-bunny!

Aku tak sabar nak tunggu en suami pulang. Rasa macam da lama sangat die pergi. Hari Ahad aritu, henpon aku rosak. Aku taktau macam mana tapi tibe2 je skrin die gelap. Aku rasa die da pecah kot. Aku bawak gi kedai die cakap kalau nak ganti skrin baeklah beli henpon baru. Aku bole je cakap kat fon tu. Kalo orang call aku bole angkat Kalo aku tau nombor orang tu aku bole call. Nak hantar mesej pon bole tapi masalahnya tak nampak ape2. Skrin hitam je. bunyi je yang keluar. Macam2 tau je henpon ni aku nak tukar fon. Aku bitau en suami, aku nye fon da rosak. Skrin tak nampak. Die cakap takpe nanti die belikan. Aku cakap aku nak repair dulu. Sayang tu. Fon hadiah en suami zaman pas bertunang. Da dekat 2 tahun berkhidmat ok.
Aku ni taknaklah menyusahkan dia. So bajet nak beli je henpon sinri. Nak beli dekat internet je. Ada tawaran menarik. Diskaun banyak2. Mana tak berpinar mata tengok diskaun banyak2. Asal diskaun je nak beli. Asal nak beli je tak diskaun (ok tak ni ayat merapu). Alik2 tak b…

My sweethearts!

Weekend lepas weekend last raya. Cepat betol masa berlalu. Tiba2 aje da nak masuk Zulkaedah. Ramai jugak yang busy prepare untuk pi haji. Insyallah suatu hari nanti dapat juga aku jemputan untuk ke rumah Allah tu. En suami da seminggu pergi. Walaupon sehari jumpa malam je tapi bila dia takde terasa sangat kosongnya rumah. Oh cepatlah pulang suamiku. Merasa aku kejap dudok dalam kasut Sue (tabik b kat sue sebab survive membesarkan Harriz dengan bob yang slalu offshore itu). Bukan nak cakap tak bole buat keje kalau hubby takde tapi bila ade suami, lain rasanya. Adalah orang untuk aku gaduh2 kat rumah tu. hehehe. En suami cakap sabarlah nak buat macam mana. Dia cari rezki. At least aku ade Rania. Dia kat sana sorang2 aje. Kawan pon dengan orang2 putih aje (tak lama lagi mesti speaking AMER-REKA..kihkih). Kesian dia. Takpe b, saya tunggu awak balik :)
Rania suda pandai merangkak walaupon tak bape nak laju. Mulut da peteh2 nak cakap2. Yang aku paham hai aje. hehehe. Kalau dok dalam court di…

Rania at 7 months old

Rania suda 7 bulan setengah. Sangat lasak. Sume yang jaga n pegang Rania cakap dia lasak. Mau tak lasak, kaki sentiasa nak bergerak perasan da bole jalan. Rania tak banyak cakap tapi suka mengomel sorang2. Macam menyanyi pon yer. Kadang2 klaka pon ade. Rania manja amat. Sangat suka meleset2 dengan aku especially masa tengah baring sama2. Aku da bagi Rania makan macam2. Kalau macam aku makan kacang, aku kunyah2 bagi dia rasa sket. Kalau makan roti, bagi die sket. Tapi takdelah bagi sume benda. Certain benda yang aku rasa sesuai je aku bagi. Rania da mula merangkak. Angkat tangan sekali dua pastu jatuh, naik lagi, jatuh lagi. Rania kalau bole taknak berenggang dengan aku. Orang kata budak yang susu badan memang gitu. Tapi pada aku semua baby memang manja dengan mak dia. Aku paling suka dengar Rania ketawa n senyum. Nampak mulut takde gigi dia tersengih luas. Comel sangat! Geram! Jom layan gambar Rania nak mandi..




Alkisah

Ok da janji nak cite pasal video kat bawah tu so this is it. En suami suda ke Houston US. Maybe 2 minggu or maybe lebih tapi dari cerita en suami, lebih dari 2 minggu. Huarghhhhh..sedey ok! Aku da lama tak kena tinggal sorang2. Nasib Rania ada sama. So dialah penghibur hati aku. n untung juga ibu n FIL aku dekat. Nak mintak tolong kalau ape2 senang. Tapi bila petang2 sedey sebab time tu aku n Rania biasa tunggu die balik keje. Malam2 slalu tido sama2. Rania tido gelisah. Satu katil dia pusing sebab slalu ayah dia ade sebelah. Ni takde so dia tido sangat tak lena. Sebelum tido dia akan terjenguk2 kat pintu bilik tunggu ayah dia masuk n tido sama2. Aku plak yang haru tengok si kecik tu. n disebabkan dia da mula rasa ayah dia takde, Rania akan nangis bila aku tinggalkan dia kat rumah babysitter. Maybe die takut aku tinggalkan dia jugak. Sebelum ni dia excited je kalo kena pegi sana. B, semoga kerja awak cepat settle so that awak bole balik cepat.

Houston we got a little problem

This video remind me of Mr Hubby..Gonna tell you guys later why.

Raya oh Raya

Agak aku ni tak reti2 nak update blog kan..bukan takde update tapi malas dan busy sket. Maklumlah raya (acehhh alasan memang lame giler!) Tamo lah citer raya. Nanti nak tepek je gambar raya. Tapi yang penting aku tak ingat nak amik gambar raya satu keluarga. Rasa macam tengah makan pagi raya n tup3 mintak ampon pastu tros diorang gi solat raya n tup3 da ada kat kampong plak. Macam plingggg ade kat sini..plingggg lagi ade kat sana. Ada magik gitu. So yang ada hanyalah gambar kami bertiga makan cendol time beraya dekat Simpang Renggam tanpa baju raya. Hahahaha. Jomlah layan gambar dulu ea :)