C o m e A n d J o i n M e =)

Friday, October 14, 2011

Food for babies

Lama2 sangat tak menukil dalam blog ni. Maklum lately ni busy sket. Rania suda 8 bulan. Yeepie! Banyak benda baru dia da blaja. Sekarang die da bole dudok n sedang baby talks a lot. Tengah belajar memapah nak berdiri. Pantang ade benda yang bole dipegang untuk angkat badan dia akan capai. Sangat kuat menjerit. Marah sket jerit, nak kuar dari carseat jerit, taknak tido jerit. Kadang2 tercabar jugak kesabaran ibu die ni tapi slalu aku bia je die jerit puas2 sambil panggil nama dia slow2 n dia akan diam sebab nak dengar apa kita nak cakap. Kalo dia jerit nanti tak dengar plakkan.

Malam tadi die nak tido pon die melalak n menjerit2 sampai die muntah. Aku taktau nape die kuat nangis macam tu lately ni. Dia da ngantuk tapi nak main. So bila aku suro tido die marah. So masa die da nangis menjerit lama sangat tu aku dudukkan dia n cakap "pegi main sana. pegi main puas2". Dia datang merangkak kat aku n sembamkan muka dia kat riba aku sambil nangis. Bila aku letak lagi suro main dia datang lagi n nangis kat riba. Nak suro pujuklah tu. Kita mak ni memang tak sampai hati lah mendengarnyekan. So amik dia n peluk pujuk2. Bila kena dukung dia diam. So las2 kena pujuk dia sampai tertido. Rania..Rania..Oh btw, en suami da pulang :-D En suami memang aku rasa telinga dia ade penyerap bunyi yang bagus. Rania nangis jerit2 die memang tak terjaga langsung tapi aku tak kisah sebab aku tau die penat. Jetlag tak abes lagi.

Sekarang ni aku tengah bereksperimentasi makanan dengan Rania. Masa Rania kecik, kawan aku ade bagi buku food for babies and toddler. Dia bagi 2 buku. Bila tengok resepi dalam tu memang tergiur. Sebab resepi bukan sahaja untuk babies tapi mak babies pon bole jugak. Aku try yang simple2 je dulu. Ade certain resepi memang kena alter sket lah sebab bahan yang die guna non halal ataupon susah nak cari. Karang pelik2 sangat nanti Rania taknak plak. Gigi pon tak kuar2 lagi walaupon gatal gusinya da berbulan2.

attractive colors and recomended presentation
this look tempting aite? yummy!
sebok nak baca jugak
Setakat ni aku banyak buat puree je untuk Rania. Sebab paling basic and mudah. Kawan2 slalu dapat resepi dari mana? Ceciter? Ceciter?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails