C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, October 18, 2011

Perangai baru Rania

Semalam aku ingat masa on the way balik rumah nak singgah 1 kedai jahit ni. Nak tempah baju kurung. Sebab upah jahit dekat kedai tu murah. Kalau ok bolelah aku hantar situ je. Lepas amik Rania aku pon cakap dekat Rania teman aku pergi kedai tu sekejap. Rania pon senyum2 aje. Diam dok dekat carseat makan biskut (pastilah berterabur yer). Tiba2 bila da nak sampai rumah dia melalak nak keluar dari kerusi. Rania punye trend menangis sekarang bukan yang macam baby biasa. Melalak menjerit sampai batuk2 n sometimes even muntah. Aku tak tau apa yang buat dia jadi macam tu. Sejak masuk umur 8 bulan ni itulah yang dia akan buat bila marah. Nangis n jerit. Oh yes I definitely know it is one of her way to test me. If aku surrender then she will make it as a habit. So slalunya aku akan cakap baik2 or bolayan saja supaya dia tahu yang aku tak suka pon habit tu.

So semalam macam tu jugak. Da beberapa kali buat macam tu sebab biasa dia akan buat macam tu bila ada orang lain dalam kereta macam dengan nenek2 dia n as usual, nenek takkan sampai hati n will ask me to stop the car and let them drive and i can pick Rania so she would stop crying. Kalau aku berkeras pon in the end nenek2 dia akan suro berenti jugak sebab tak tahan dengar die nangis. Kesian.. I could understand that sebab if I'm not Rania's mother I would be pity on her too tapi sebab aku mak nya, aku kentalkan hati. Sambung cerita, semalam Rania pon begitu. Aku biarkan dia nangis sebab lepas pujuk pon dia tak diam. Slalunya dia akan diam bila tengok aku tak layan.

Tapi semalam Rania da buat teknik baru. Bila aku bia dia nanges n aku tengok dia, mulut dia da berdarah sebab dia kobek lidah or gusi dia. Aku taktau mana yang dia kobek sebab mulut dia penuh darah ok. Gelabah aku sekejap. Dahlah aku tengah drive. Nasib masa tu da dekat rumah da. Dengan lalakan Rania yang sungguh kuat memang gabra aku sekejap. Bila aku kuarkan dia dari carseat terus dia senyap n aku terus basuh mulut dia n bagi minum air masak. Tengok2 mana yang luka, aku perasan lidah dia ada luka sket tapi taklah teruk.

Pagi ni masa nak hantar pergi rumah babysitter pon sama. Menangis n menjerit2. Try nak korek mulut lagi tapi aku berjaya pegang tangan dia. Aku taktau nape dia suka buat macam tu. Maybe gusi terlalu gatal atau dia saja nak attention aku. Aku memang risau sangat sebab dia jadi sangat manja sampai macam tu. Kawan2 ada tak alami benda2 macam ni. Hope so ni cuma sekejap je sebab tiap kali tukar bulan Rania memang akan buat perangai baru tapi slalunya sekejap je. So hope yang ni pon sama.



Ibu always love u sayang!

1 comment:

Anah said...

anak anah pun sama, masuk 8 bulan lbih dia punya style nangis sangat la dasyat. menggelupur satu badan tp xdela korek mulut, cuma suka takungkan air liur ms nangis. mula2 risau gak, lama2 buat tak tahu je, last2 tertidur..kdg2 bila layan sngat makin melarat nangisnya tu..otak diorang tengah berkembang cari idea nak tarik perhatian org skrg ni=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails