Skip to main content

Fridge

Setelah berbincang dengan en suami sepanjang minggu lepas, kami decide untuk beli fridge jugak walaupon dulu dok plan nak tambah chiller je tapi sebab aku dok pikir untuk jangka masa panjang, baiklah aku menukar fridge ke fridge yang lebih besar. Bukan ape, aku rasa fridge sekarang tak cukup besar. Bila akhir bulan soping barang dapur mesti jenuh je dok pikir camne nak susun dalam fridge tu sebab tak muat. Ini baru anak satu. Nanti kalau da ramai mesti aku akan mintak tukar jugak. So aku ajak jugak en suami tukar fridge yang lebih besar. Yang sekarang 290liter. Aku nak pakej jual skali dengan washing machine aku. Sebab da beli washing machine lain. So jual dua2 tu n beli 1 fridge yang lebih besar. Bagus tak idea aku ni? Hehehe.

Last weekend adalah dok survey fridge yang agak2 besar untuk kami sumbat barang2 dapur. Nak cari yang save energy supaya bil taklah melambung2 sangat n harga yang tak baper nak mahal sangat. Adalah a few yang berjaya menggoda aku supaya dibeli. Kalau ikut hati aku nak yang side-by-side punye fridge sebab freezer die besar tapi dari dulu sampai kini memang tak dapat approval dari en suami. Dia kata banyak pakai karen segala. So nak taknak redha jelah. So kitorang cari yang biasa punye je. n korang tahu tak sekarang kita bole rebate  pembelian peti ais atau chiller atau air cond dari kerajaan tau. Menarik tak? Kalau fridge ade rebate RM200. Kalau air cond RM100. Kalo nak tahu lebih lanjut korang bole gi website KeTTHA ni. Bolelah baca syarat dia semua ok.

p/s: Tengok langsir dekat Elyza..alahai meruntun jiwa sungguh!

Comments

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Projek DIY Rumah

Assalamualaikum wbt,
Ok dengan semangatnya nak cerita. Berjaya juga DIY tangga. Ingat tak aku cite aku nak buat something dengan staircase dekat rumah. Akhirnya dapat ok. Alkisahnya macam ni. Aku gi KAISON. Berkenan tengok wallpaper kat sana. Cantik dan murah. So belilah 2 corak untuk dilekatkan dinding dapor n bilik. Dinding bilik tu teringin nak buat ala2 nyonya punya decor. Style vintage n color dia adalah combination yang pop. Macam biru laut n hijau lemon, purple n hijau. So aku tahu en suami ni bukan type bunga2 ni. Dia ni typical style sket suka play safe. Kalo amik color warna coklat or hitam or kelabu. Kalau amik wallpaper amik corak papan or batu bata. Dia tak suka or tak reti or tak berani main dengan corak n color. So masa en suami takde aritu, aku beli wallpaper ni n tampal kat bilik anak. Bilik tu memang takde buat pape. Plain macam tu. So aku just tampal je wallpaper tu tapi belum cat lagi. Tengah pikir nak cat warna apa tapi rasa macam da ada idea nak cat warna apa. S…