C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, November 9, 2011

Terima Kasih

As easy as it sounds tapi brape ramai plak yang praktikkan. Aku tak sure baper ramai yang rajin nak cakap terima kasih lepas mintak tolong apa2 dari someone. Kadang2 dok nampak makcik cleaner tolong mop lantai depan opis kita, kita ni pon gedegang lalu je buat bodo. Da berbekas2 tapak kaki kita kat atas lantai tu. Kesian makcik ni pon mop lah balik. Takdelah langsung sikap prihatin kita ni. Apalah salah kalau cakap "tumpang lalu yer makcik. Terima Kasih". Senang hati makcik tu dengar. Bukan keluar wang ringgit pon kan. Mentang makcik tu cleaner, ko rasa da hebat sangat nak layan dia macam hamba plakkan.

Kadang2 aku kesian tengok bangla2 atau mat2 indon yang keje kat stesen minyak ke mana2 kompleks, bila tolong kita buka pintu ke, jadi guard ke, jaga petrol pump ke macam menunggu je kite senyum n cakap terima kasih. Tapi hampeh buat dek je manusia2 budiman ni. Pernah ade membe aku ni sound, buat apa nak bagi muka sangat kat diorang tu. Bukan baik sangat diorang tu. Masya Allah. Keje nak bersangka burok aje. Memanglah diorang ni tak semua baik tapi ingat2, dikalangan kita ni pon sama jugak. Kadang2 aku rasa diorang ni lagi sopan santun dari makcik2 yang dok jaga kaunter2 dekat jabatan kerajaan sana. Takde pon buat muka2 tensen keje masam macam buah lemon muda. Kalau tak caya korang try lah cakap terima kasih kat diorang masa diorang tengah mop lantai ke sapu lantai ke. Mesti bersinar2 muka diorang senyum lepas tu.

Tak payah susah, kita yang wanita2 ni, bila da jadi istri dan ibu, aku rasa sangat dihargai kalau suami dok cakap, "terima kasih sayang masak untuk abang arini" or "terima kasih sayang tolong jaga rumah". Aku sekarang pon dok terapkan benda tu dalam diri aku supaya anak2 aku ringan mulut cakap terima kasih bila da besar nanti. Takdelah nak rasa segan semacam je bila nak sebut terima kasih (memang ade orang malu nak cakap terima kasih ni). So aku nak menyeru marilah beramai2 kita rajin2 ucapkan terima kasih sesama manusia (da macam kempen pilihanraya kan) dan jangan lupa berterima kasih pada yang lebih atas lagi, Alhamdulillah.

p/s: Ade yang jenis ringan ucap terima kasih pada orang luar tapi malu nak cakap terima kasih pada ahli keluarga. Apa kes tu?!

2 comments:

mrs_nazir (Maz) said...

yes stuju tu, maz pun suka praktikkan 'terima kasih' tuh..even utk bende kecik.. =)..bukan kena byar pun kan ckp tq tu..hehe

ZihaN ZamberI said...

...saya sangat stuju...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails