C o m e A n d J o i n M e =)

Thursday, November 24, 2011

This is my Rania

Hari Selasa kami rakyat Johor cuti sebab Malaysia menang semalam..Yahooo!!! Ok tipu..hehe tapi sebab besday Sultan. So kami bercutilah. Happy Birthday Tuanku! Kami baru membelikan swimming pool plastik kepada Rania. Sebab si kecik tu suke sangat main air. Memang excitedlah makcik tu. Kitorang letak air tak banyak sangat sebab bahaya letak banyak2 n Rania pon suke sebab bole merangkak laju2 dalam air sambil menepuk2 tangan di dalam air.

Rania yang suda nak masuk 10 bulan da macam2 ragam. Da pandai tepuk tangan kalau gembira. Da pandai salam tangan orang sambil menjilat (hahaha). Da pandai ikut cakap muahhhh kalau aku cakap muahhhh kat dia. Da bole berdiri 2 3 second sinri. Sekarang jangan harap nak paksa2 dia tido. Kalau dia taknak, dia akan berguling2 macam tenggiling dalam buai sambil menjerit. Sangat geram so aku akan kuarkan dia n biar dia main sampai puas. Pastu bila dia da tak larat, aku tarik gi riba, tepok2 dia confirm tido. Petang2 da tak payah tido supaya malam dia tido dengan lena tanpa mengejut aku. Just kul 4 or 5 pagi dia akan bangun untuk susu.

Rania tahu kalau aku marah dia akan menangis. Dia akan senyum balik kalau aku senyum lepas marah tu. Hari ini baru blaja main baling2 bola. Kalau tak dia gigit bola tu. Da nampak aku baling bola kat dia n ayah dia, so dia pon da pandai baling bola although taktau arah bola tu (main baling je mana2 dia nak baling..hehe). Ohhhh I love her so much!





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails