C o m e A n d J o i n M e =)

Friday, December 30, 2011

Rania suda besar :)

Da lama rasanye tak cite pasal princess kecik tu. Budak lasak yang sangat energetic. Hehehe. Rania laa ni memang manja. Makin melekat dengan aku sampai kes tak nampak muka aku memang nangis. Tapi rasanya tu part mengada je lebih. Sebab kadang2 dia ok je nak dengan orang siap lambai2 bye2 kat aku. Cuma kalau tinggal berdua memang dia tak suka kena main sorang2. Dok lah aku ni memasak dengan ade budak melekat kat belakang kaki mengekor aku ke sana sini. Nasib dapur kecik. Takdelah banyak sangat nak gerak dari sink ke dapur masak tu.

Ada masa die ok die bole je main sorang2 kat depan tu dengan toys die. Tapi slalunya tak bole lama2. Pas setengah jam da mula cari aku balik ajak teman dia main sama2. Paling suka kalau aku main baling2 bola dengan dia. Dia pon da pandai baling bola jugak. Rania da berselera makan balik. Suka aku tengok bila skali makan dapatlah sepuluh suap. Tapi kalau dia tak suka die sembur keluar je. Memang time makan bersepah2 nasi berterabur. Lagi2 kalau dia nak makan sendiri. Kadang2 rasa nak tergelak bila tengok dia amik nasi tapi sebenarnya takde apa pun kat tangan tu pastu bila suap ke mulut die cam pelik nape takde ape dalam tangan dia. Comel sangat. Hahaha.

Petang2 Jumaat ni aku tengoklah Al-Kuliyyah kat Tv3. Tajuk Temanku Remaja. Bagus sangat topik ni pasal dia bincang macam mana nak rapatkan hubungan dengan anak2. Salah satu yang dia sebut adalah memberi pujian pada anak2. Aku perasan kita ni mak bapak sangat susah nak puji anak2. Masa diorang kecik2 memang suka puji anak. Bila dapat achieve something kita puji dia tapi bila anak da besar2 sket, pujian tu mula kita lupakan. Mungkin sebab malu nak puji anak. Nak cakap tahniah macam nak keluarkan berlian dalam mulut. Lebih sanggup bagi anak hadiah without congratulate diorang atau bagi hugs padahalnya ucapan dan sentuhan tu lebih besar impaknya dari menghargai secara materialistik. Ustaz tu kata manusia sebenarnya lebih dahagakan penghargaan dari benda lain.

Kalau kita perasan, kita ni lebih suka berkawan dengan orang yang suka memuji dari yang suka mengkritik. So sepatutnya kita jadi mak bapak ni jangan lokek memberi pujian pada anak2. Tapi janganlah berlebihan sampai jadi takbur plak budak tu. Ustaz tu kata, anak2 ni slalunya banyak ikut kawan2 yang salah sebab diorang sebenarnya mencari penghargaan. Diorang rasa orang yang menghargai diorang maksudnya menyayangi diorang jugak. So dia pesan, "Puji anak sendiri sebelum orang lain puji anak kita". Aku rasa dok zaman2 sekarang ni da cukup mencabar da nak besarkan anak2. Zaman Rania remaja nanti aku taktaulah macam mana. Yang paling penting perlu diberi asas pasal agama. Aku bersyukur mak ayah aku membesarkan aku di atas landasan2 yang betul sampai aku jadi mak orang ni. Aku harap aku pon mampu besarkan anak2 aku dengan baik jugak. Insyallah.

Thanx Rania sepahkan dapur

Ibu kemas dapur die 'kemas' depan


Tido tanpa suar


Fevret Rania dudok atas baju yang da disepahkan :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails