Skip to main content

Skandal

Benda ni jadi dalam 2 minggu lepas. Masa tu aku dan en suami keluar makan asam pedas. Kedai ni macam femes lah jugak. Tu yang nak try tu. Lagi pon dekat aje dengan rumah. Kawasan kedai makan ni kalau weekend lengang sket sebab banyak kedai2 di sekitarnya yang bukan kedai makan tutup. So macam aman damai jugaklah tempat tu walaupon depan jalan besar yang busy.

So nak dijadikan cerita, kedai tu pon  tak baper nak ramai orang. Masa kitorang sampai yang ade pon dalam 3 4 meja je berpenghuni. Yang lain masih bersih lagi. So kitorang amik seat depan kedai. Konon2 nak hirup udara segar kat luar (segarlah sangatkan). Yang aku nampak kat kedai tu ade sorang mamat Bangla macam tu tengah makan sorang2, kapel yang da pencen (sweet je makan berdua) n kapel yang macam umur2 kitorang tapi laki dia maybe tua sket lagi dari kitorang n takde anak. So, kitorang pon order macam biasa n makan. Boleh tahan asam pedas dia. Nak kata sedap sangat takde lah jugak tapi bole tahan lah.

So masa tengah makan, kapel yang umur kitorang ni balik. En suami cakap kat aku masa diorang lalu sebelah meja kitorang, "Saya rasa diorang ni skandal". Aku pon jelinglah tengok kapel tu. Aku pon jawab balik, "Ye ke b. Tak baik sangka burok tau". En suami cakap, "Yela. Cuba tengok cara diorang pegang tangan n 'cara' diorang". Ok, aku rasa as married people, kita ni senang je nak bezakan orang yang da kawen n bercintan cintun. Lagi plak kalau laki or pompuan tu nampak macam da kawen. Orang bujang bercinta memang nampak kemaruknya. Orang da kawen bercinta nampak biasa je. Tapi kalau orang da kawen ber'skandal' lagi nampak 'gatal' sket.

Itulah yang dimaksudkan en suami. Pegang tangan budak pompuan tu n sambil tangan merayap kat bon-bon n belakang badan. Memang gaya orang ber'skandal' lah kan. So, lepas en suami kata gitu, aku diamkan aje. Tapi mata mengekori je langkah diorang n TIBA2 aku nampak apa yang tak sepatutnya aku nampak. Ini yang mengesahkan diorang ni skandal. Ber'smooching' dalam kereta. Walaupon kereta dia ngadap ke depan but I can see it dari celah kerusi kereta dia dari belakang. Hello!!!Please find a room! Aku pon bagitaulah en suami. Dia pon toleh tapi macam clear tak clear je sebab kete dia tinted. Setengah jam diorang dok dalam kete tu sampai kapel yang da veteran tu pon da balik jugak. Dalam hati doa mintak2 adelah polis ke lalu n ketuk tingkap kete tu. Mesti best kalau ade aksi macam gitukan.

And at certain point, aku cakap dengan en suami. "Kenapalah pompuan tu bodo sangat ea. Laki tu naik Wira je (which means he's not wealthy). Kalau yer pon nak skandal, carilah yang berharta sket". then en suami tambah, "Lagi kesian sebab dia cuma sandaran je. Kalau apa2 jadi kat dia, dia bukannya ade suami ke ape. Laki tu gunakan dia aje. n Mesti laki tu cakap kat wife dia, dia keje arini. (logik sebab pompuan tu dress up sempoi tapi laki tu smart macam gi keje)". Aku terdiam berfikir. He has a point there n pada aku as a woman, orang skandal2 ni nak duit je. Macam jadi anak ikan je.

Pada aku laki buat skandal untuk kepuasan nafsu. Kalau betol dia nak kita, dia akan kawen dengan kita tapi kalau dia nak skandal je maksudnya dia taknak tanggungjawab walhalnya kalau kawen bukan kerja susah. Akad nikah dengan mas kahwin RM22.50 (di Johor) da cukup da. Tapi macam en suami cakaplah, he just used her. Aku cakap kat en suami, kalau dia terasa nak ada skandal bagitau aku sebab aku benarkan dia kawen lagi satu tapi syaratnya mesti berkemampuan. Pada akulah kalau duit ada banyak n rasa nak tambah isteri takde salahnya. Memang Islam benarkan. Terus terang aku cakap aku tak membantah poligami sebab memang ada dalam Islam. Tapi en suami cakap dengan aku, "satu pon da sangkut2 nak jaga, taktaulah kalau ade lagi satu". Alhamdulillah dia belom ade niat macam tu n dia pon penah cakap kat aku, dia tak pernah ade niat nak pasang 2 ke 3 ke 4. Cukuplah ade aku sorang. Sejuk hati dengarkan walaupon kadang2 nampak en suami jeling2 pompuan lain (gurau je b..hehe).

Kadang2 tengok orang skandal2, aku jadi takut sangat. Semoga Allah jauhkan aku dan kaum keluarga aku dari perkara2 macam tu. Zina tu DOSA BESAR. n skeptikal orang Melayu suka cakap macam ni, "Pompuan tu taktau malu ke buat skandal dengan laki orang". n aku taktau kenapa macam laki bole buat dosa tu tapi kalau pompuan memang kena kutuk kaw2 punye. Macam Islam benarkan laki berzina tapi pompuan tak bole. Padahal dua2 patut kena sebab tepuk sebelah tangan takkanlah berbunyikan. Dunia..dunia..

p/s: Da tengok wawancara di Indonesia pasal mak buat hubungan suami istri dengan anak? Kalau belom tengok ni. Memalukan sungguh ok tengok mak yang macam ni..Astaghfirullahalazim


Comments

Anah said…
takutnya,macam2 org la sekarang ni..yg video tu pulak,apa punya sengalla maknya tu,cam bangga pulak ada hubungan ngan anak.

mintak dijauhkn la dari diri sendiri dan keluarga yang lain

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…