Skip to main content

Thank You Ct :)

Weekend da habes da. Rasa macam sekejap sangat weekend. Tak puas pon nak dok joli2 da Isnin. Weekend lepas kami menerima kunjungan kawan baik aku iaitu Siti Fatimah. Ingat tak citer pasal kawan yang slalu travel sesama aku masa aku kat KL tu. Yerrr yang itulah. Aku dengan Ct ni memang baik sangat. Even masa blaja sesama orang panggil kembar sebab slalu sangat sesama. So Ct datang ke Jb untuk jenguk aku n Rania. Huarghhh terharu sangat dan sangat gembira :) :) Dia datang sini dengan kawan2 dia untuk pegi kawan yang juga adalah kawan skola aku. Jadi kitorang sama2 jumpa kat wedding ni je. Then, dekat wedding ni aku culik Ct bawak balik rumah. Hehe.

Aku da plan nak bawak Ct gi JPO. So ingat singgah rumah dulu nak salin baju tapi Rania ketiduran n tetiba kitorang sume daterbongkang kat keliling Rania tido skali. Hahaha. Kul3 camtu baru gerak gi JPO. Umat manusia seramai2 tidak kat situ. Sama macam masa aku pegi time baru bukak aritu. Banyak betul duit rakyat Malaysia ni tau. Aku dengan Ct tak beli pape walaupon mulanya nak cari jam dekat Fossil tapi yang tinggal sume hampagas2 je. Nak beli baju plak ramai sangat orang sampai menyukarkan proses berenang dalam lautan manusia. So inthe end memang tak beli pape. Bila da penat jalan2 situ, kitorang gi makan plak.

Aku bawak Ct gi It Roo Cafe. Femes for it Chicken chop n aku suke keadaannye yang cozy. So kitorang pon makan situ. Lepas makan terus balik n Ct telah melelapkan mata kul 830 malam. Hehehe. Malam tu Ammar n Dd datang rumah plak. Sangat surprise sebab diorang mengejut je datang. Aku dan en suami sangat gembira dapat jumpa diorang sebab bukan lah senang nak jumpa kawan2 baik kitorang sekarang ni. Sejak da berpindah ke Jb aku memang susah sangat nak sampai ke Kl. Jadi bila diorang datang memang serius menggembirakan. En suami kuar melepak dengan diorang sampai tengah pagi sebab Pojie pon ade jugak cuma dia tak dapat nak sampai rumah n aku pon nak tidokan Rania. Kalau tak mesti ade aku tercongok melepak dengan diorang skali. Hehehe.

Ahad tu aku hantar Ct ke bus stand sebab aku kena gi wedding kazen aku dekat Mersing. Sangat tak puas jumpa Ct. Tapi takpe nanti next time tido lagi rumah arina lama2 sket :) Kita bole jalan jauh sket ea Ct. Thanx for coming Ct. Arina sangat2 gembira menerima kunjungan Ct walaupon sekejap je kite jumpa.

 
  
Rania excited :)

Thanx Ct for coming :) suka sangat!
Thank you B sebab tolong layan istri yang banyak sangat cikadak :)

 
Rania da tido bila sampai masa makan
 
bergosip sementara tunggu makanan :P

Comments

dah besar kan our baby... Rania pun dah muka lain skit... cepat betul masa berlalu...
nurarinab said…
Kan..cepat sangat rasanye.rs takut pon ade sbb mksdnye kite mkn tua..hehehe

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Projek DIY Rumah

Assalamualaikum wbt,
Ok dengan semangatnya nak cerita. Berjaya juga DIY tangga. Ingat tak aku cite aku nak buat something dengan staircase dekat rumah. Akhirnya dapat ok. Alkisahnya macam ni. Aku gi KAISON. Berkenan tengok wallpaper kat sana. Cantik dan murah. So belilah 2 corak untuk dilekatkan dinding dapor n bilik. Dinding bilik tu teringin nak buat ala2 nyonya punya decor. Style vintage n color dia adalah combination yang pop. Macam biru laut n hijau lemon, purple n hijau. So aku tahu en suami ni bukan type bunga2 ni. Dia ni typical style sket suka play safe. Kalo amik color warna coklat or hitam or kelabu. Kalau amik wallpaper amik corak papan or batu bata. Dia tak suka or tak reti or tak berani main dengan corak n color. So masa en suami takde aritu, aku beli wallpaper ni n tampal kat bilik anak. Bilik tu memang takde buat pape. Plain macam tu. So aku just tampal je wallpaper tu tapi belum cat lagi. Tengah pikir nak cat warna apa tapi rasa macam da ada idea nak cat warna apa. S…