C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, January 4, 2012

2012

Ni 1st entri untuk 2012. Macam tak caya da 2012. Tolong lempang lelaju sket sebab ngada2 taknak caya kan. Bila da masuk tahun baru bermaksud usia bertambah n banyak due yang makin dekat. Tahun ni aku ade resolution macam tahun2 lalu jugak walaupon kadang2 tak tercapai pon tapi takpelah bila da masuk tahun baru, azam pon kena baru, semangat pon kena baru, baju pon kena baru (????), beg tangan pon nak baru (????????) sume nak baru. Macam budak2 skola plak nak baru2 tapi aku rasa new things sket sebanyak menaikkan semangat untuk menghadapi hari2 yang mencabar. Ok aku tau...lame excuse. Hihihi.

So ape azam aku tahun ni, personally aku nak buat research aku dengan laju n sebaik mungkin. Aku target setahun untuk siapkan sume which I'm not sure bole tercapai atau tak. But Insyallah kalau Allah benarkan semua bole tercapaikan. Aku nak bangunkan bisnes aku betul2 jugak. I think it has a potential which semalam bila aku dok borak2 dengan cousin aku, she was like very supportive and confidently sure yang projek tu bole berjaya. Insyallah :)

Aku nak ajar Rania pee2 n poo2 kat toilet. Tamo suro dia pakai diapers lagi sebab aku nampak dia macam tak suke je pakai diapers sebenarnya. Aku rasa memang bole walaupon take times. Kalau dia da bole turun dari katil sendiri so aku yakin dia pon bole blaja buang air sendiri jugak (semangat seorang ibu)

Aku nak improve skill memasak dan mengemas rumah supaya lebih pantas. Untuk itu ada beberapa gadget yang aku target nak beli sebab aku rasa macam bole membantu aku membuat keje2 rumah tu. Hehe. Aku nak serve en suami dengan lebih baik lagi. 2 tahun pertama (tak sampai 2 tahun lagi sebenarnya tapi hampirlah) ni aku rasa aku tengah coop dengan banyak benda untuk menyesuaikan diri sebagai seorang isteri dan ibu. Aku rasa susah nak menjadi seorang istri yang baik lebih dari nak jadi seorang ibu. After few years aku dudok sorang2, dengan rutin hidup sorang2, aktiviti pon sorang2 n suddenly Im married n everything aku akan share dengan en suami. not to say aku terpaksa or terbeban. Please don't give the wrong idea. Cuma nak adjustkan diri tu susah sket sebab even masa kapel kitorang jumpa weekend je n kadang2 bukan tiap minggu pon jumpa. Masa awal2 kawen pon weekend husband n wife jugak. So walaupon sekarang da ok tapi aku nak lebih baik dari ok. Just nak improve which is good lah kan. Lagi2 untuk suami of course lah lagi baikkan :) :) :)

Aku nak nak nak jadi hamba Allah yang lebih dekat dengan dia. Everyday aku doa supaya Allah tak tarik Hidayah yang dia da bagi dekat aku. Lahir sebagai seorang Islam (tak payah susah2 nak cari Islam lagi), Allah lahirkan plak aku kat sebuah negara Islam dengan parents dan ahli keluarga pon Islam dan Allah bagi kesenangan pada aku sampai aku tak merasa susah macam dekat orang Islam yang berada di Afrika..Subhanallah..terlalu banyak hidayah dan rahmat Allah pada aku. Jadi aku berazam semoga aku dapat improve diri aku sebagai muslimah yang baik jugak. Insyallah. So apa azam korang tahun ni? :)


2 comments:

hamzah ian said...

byknya.. hehe

aminnnn dengan semua azam kamu

MyNameIsdD said...

azam saya nak jadik seorang yang lebih positif :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails