C o m e A n d J o i n M e =)

Friday, January 6, 2012

Kes jaga tepi kain orang

Kecoh betul pasal Amalina yang da transform tu kan. Siap kuar berita kat TV3. Gempak wehhh. Macam2 ceritalah dengarkan sampai dia n mak dia skali kena bagi explanation. Yang aku dok pelik, kenapalah kita ni dok sebok2 nak keji2 anak orang. Mak dia pon relax je cakap dia belikan anak dia baju dia segala n gambar2 tu semua mak dia tolong amikkan masa diorang cuti gi Paris. So pada aku if mak dia pon tak marah, why should we bother. Memanglah apa dia buat tu macam tak brape nak elok but still kita ni takde hak nak keji orang. Yang layak nak keji orang ni cuma Pencipta kita je. Kalau rasa tak elok tegurlah cara berhemah n selemah2 iman kita tegur dalam hati.

Aku ni bukanlah kata nak menyokong ke apa. Tapi as a mother aku rasa kita patut jugak fikir perasaan mak si Amalina tu. Kalaulah anak kita yang macam tu n orang dok kutuk2, rasa2 ada ke kita nak rasa insaf n berubah. Tak kan..tambah sedih orang tua tu ada lah kan..Aku tamo nak ngata anak orang lebih2 sebab aku pon taktau nanti anak2 aku membesar macam mana plak. Semua parents nak anak dia membesar jadi baik, solehah n pandai tapi macam dalam ayat Quran "Harta benda dan anak2 kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar" (Surah Al-Taghabun, 64:15). Kita ni memang kalau bole nak didik anak sebaik mungkin tapi cubalah bagitau mana kita nak tau cara didikan kita tu betul ke tak.

Slalunya orang2 luar ni yang nampak silapnya kat mana bila mendidik anak tapi brape ramai plak yang bole terima bila kena tegur salah mendidik anak. Aku rasa kalau aku pon belum tentu bole accept. n aku teringat ada satu ustaz yang bagi ceramah pasal gejala sosial yang melanda anak2 kita zaman sekarang. Salah satu sebabnya mak bapak suka dok bercerita pasal hal anak orang lain. Ok contohnya macam kes Amalina ni lah. Ramai yang lebih suka mengata dia dengan niat memang mengata dari mengambil iktibar. Betul tak? Kalau dok cerita kat orang lain memang niat nak memburukkan dia. Niat tu sendiri da tak baik. n percayalah Allah benci orang yang suka mengata orang lain n tak mustahil kalau satu hari terkena batang hidung sendiri.

Benda ni bukan aku nak tuju kat sape tapi just peringatan untuk kita semua n diri aku sendiri. Jom sama2 ambil iktibar n kalau nak tegur sesape biarlah dengan cara berhemah Insyallah terbuka hati orang nak berubah.

3 comments:

Zie's Collection said...

hai...terkejut gak tiba2 terkeluar isu si amalina ni..mungkin org boleh terima perubahan dia ni tapi yg buat org ramai musykil bab dia amik gambar dgn lelaki mat saleh tu kot..fikiran org melayu lain cikit, pakaian tu lambangkan keperibadian seseorang.

cik fara said...

dulu dah kuar jugak isu dia. skrg kenapelah kecoh lg. aku pun tak paham kenape org suka sgt mengata.huhu.

FARAH AISHAH said...

saya setuju awak....di fb pun ramai yg post ttg budakni...tp bg saya sblm kite menuding jari org tu, atau memburuk seseorang itu...kite cermin diri kite dulu....wallahualam..:)...

p/s: sehat?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails