C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, February 28, 2012

Anak bila di bawah jagaan orang lain

Aku tengok video yang kawan aku share dekat facebook. Aku rasa ramai yang da tengok video ni. Aku rasa most people akan rasa macam zalim sangat perbuatan orang kat nurseery tu sebab sampai nak kena 'kapan'kan budak2 tu untuk tidokan diorang. Mulut diplaster dengan puting. n surprisingly ada yang komen jangan bersangka buruk cos bole dapat dosa kering je. Im not sure apa maksud statement orang tu. Might be dia rasa benda ni biasa, or dia pon buat benda yang sama pada anak2 dia or dia ade pengalaman kena macam tu n normal to him. But untuk aku itu adalah abnormal. Aku tak sanggup anak aku kena layan macam tu.

Pada pendapat aku, bila kita hantar anak kita oada orang lain especially nursery pegi observe diorang untuk whole day especially if anak yang kita nak hantar tu tak reti cakap. Sebab diorang ni yang slalunya jadi mangsa keadaan. Kalau kena dera or anything happened to them diorang takkan bole mengadu. So masa nak daftar tu cakap je saya nak tengok anak saya kat nursery ni n nak observe macam mana diorang jaga kanak2 tu. Don't be afraid sebab it's your right. My cousin masa nak masukkan anak die skola tadika, dia observe for two days. Just to see how the teacher ajar n layan kanak2 tu. And after 2 days, dia bagi surat pada tadika tu for improvement.

Macam masa tu dia nampak teacher kadang suka suro kanak2 dudok berkumpul ramai2 dekat lantai sebab diorang nak tunjuk flash card or something. students ramaikan so slalunya student yang dudok belakang2 ni terjenguk2 kepala nak tengok sebab tak nampak n usually teacher tak prasan kan hal ni. betol tak? So she wrote a letter for the teachers to make improvement on that n benda2 yang dia rasa perlu. So aku rasa dengan cara ni, cikgu pon akan anggap macam teguran yang professional. So kalo kita nak hantar anak kita pegi nursery especially yang masa baru 3 bulan, kita patut pergi observe dudok kat nursery tu sehari or 2 hari untuk tengok macam mana diorang jaga.

Kalau misal kata kita nak hantar pada babysitter takkanlah kita nak dudok rumah dia seharian plak untuk observe dia. Mesti dia pon taknak jaga anak kitakan. So what you can do is datang time dia sedang menjaga anak2 orang lain. Oh lagi satu, aku prefer babysitter yang ada jaga anak2 orang lain jugak sebab dari situ kita bole dengar pendapat parents orang lain on how she treats their kids. Janganlah cari yang jaga sampai 7 8 orang budak. Tu da standard nursery. Nisbah yang patut adalah seorang penjaga menjaga 3 atau 4 kanak2 sahaja. Ok sambung citer, datang masa dia sedang menjaga anak orang lain. Maksudnya on weekdays. Ni kalo first time visit lah.

Lepas kita puas hati, kita pon akan hantar anak kita kan. So after that amik anak secara mengejut. Contoh kalau slalu kita amik kul 5 petang. Try amik kul 3 petang atau 4 petang tanpa memberitahu dia. Cakap jelah ada emergency n bateri habes untuk inform dia or apa2 yang korang bole fikirkan. Penting datang mengejut sebab babysitter tak ready. Untuk nursery pon bole jugak try cara ni. So bole tengok real situation masa tu. If nampak ok Alhamdulillah, if not cepat2lah tukar babysitter. buat je 2 3 bulan skali untuk monitor. Tak salah sebab untuk keselamatan anak2 kita. Memang kita mintak tolong orang lain jaga anak kita sekejap but kita pon kena jaga anak kita jugak.

Korang plak buat macam mana untuk make sure orang yang jaga anak korang tu jaga dengan baik. Jomlah share. Sharing is caring :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails