C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, February 6, 2012

Before she turn to 1

Lagi beberapa hari nak sambut besday makcik kecik tu. Mak die yang berdebar lebih. Rasa macam taknak bagi die setahun. Sekarang tengah galak belajar berjalan. Kalau jatuh pon die macam da kebal je. Bangun balik n jalan lagi. Tapi bila pakaikan kasut die macam ngeri2 nak jalan plak. Sajalah aku belikan die kasut yang ade bunyi2 bila pijak tu, die plak excited lompat2 sebab nak dengar bunyi lepas tu sebok nak cabut nak cari mana datsng bunyi tu. Gigi da ade 4 batang. Da pandai menggigit. Rania before2 ni tak pandai gigit2 orang ni. Kalau kasi die suro gigit pon die gigit slow je. Tapi sekarang pantang geram, sume die gigit. Kalau dengan ayah dia paling slalu kena gigit. Die gigit pipi ayah dia melepas geram kalau kena kacau.

Lasak jangan cakap. Lebam sana sini sebab asik terhantuk, jatuh, langgar sana, langgar sini. Slalunya aku buat dek je kalau die terlanggar or terhantuk pape. Taknak kasi die jadi gembeng sangat tapi kalau betol sakit die memang akan nangis n aku akan sapu2lah tempat yang dia kena tu kasi dia rasa reda sket. Tapi jap je redanya, lepas tu die sambung lagi. Da pandai marah kalau tak suka. Memang dia jerit nangis kalau ade benda die tak puas hati. I guess she try show her feeling tapi aku slalu buat dek jugak. Kalau dilayan nanti itulah caranya die guna nak tunjuk die tak puas hati. 

Kalau makan pon da pandai memilih. Kalau suka die makan banyak2, kalau tak suke die buang aje. Tapi setakat ni Alhamdulillah still ok lagilah. Makan berselera. Walau badan tak berapa nak naik sebab aktif sesangat. Da ramai yang menegur cakap aku makin kurus. Ubat kurus aku senang je, penat n tak cukup tido. Memang seminggu aku macam tu confirm turun 2 3 kilo. Ni kalau berbulan2 da bole turun 11 12 kilo da. Da lama tak timbang berat so aku pon tataulah brape berat aku sekarang ni. Oh da menyimpang. Rania sekarang kalau makanan tumpah, dia suke gosok makanan tu kat tempat yang tumpah tu kononnya nak kasi bersihlah. Dia tiru aku menyapu lantai pakai penyapu. Padahal jadi makin bersepah2. Bayangkan kalau die makan biskut, da terabur dia sapu lagi dengan tangan dia atas karpet. Memang bersihlah karpet tu jadinya. Nasib lantai rumah ni lantai mosaic, kalo tak memang aku tak pasang karpet2 ni. Senang nak bersihkan.

Dia da pandai sebut sedap jadi "dappp" kalau ayah, memang ayah, kalau bird "bet", kalau cat jadi "tet". Da banyak jugaklah vocab dia. Kalau finish da pandai da pusing2 tangan tunjuk da abes. Kalau jumpa orang kadang sebut "hai". Kalau babai jadi "aiiii" sambil lambai2 tangan. Ibu plak yang dulu slalu disebut2 dia da tamo sebut. Tak kisahlah Rania, asal nak bercakap. Kalau bercakap memang macam orang Filipin lagi. Kalau tengok orang nyany n she likes it, die pon akan humming macam menyanyi jugak. Sambil menggayakan tangan.

Rasa macam tak caya she's going to turn to 1. n rasa macam tak puas lagi nak tengok die baby2 dulu. Tido da pandai pelok2. Kadang tengah tido die baring atas lengan. Kadang2 tengah malam tido dia pelok dari belakang. Kalau terjaga tengah malam main sorang2. Kalau aku terjaga nampak dia tengah main sorang2 ajak tido, die pon datang kat aku n tido bawah ketiak. Macam rasa dia da besar sangat. Kena marah pon slalu jugak tapi mak die slalu cair dengan muke majuk die tu. Da pandai kerut dahi muke bermasalah. Sumpah klaka bila tengok dahi die berkerut2 time tengok TV. Macam ada masalah besar je. My baby Rania. You will remain as my baby forever *hugs kuat2*


2 comments:

misskirokuza said...

Happy besday rania :-)
Kejp jerk dah sethnkn.....

mrs_nazir (Maz) said...

em yup, betollah, sy pun rasa cam xnak kasi farah cepat sgt membesar...xpuas lg nak nikmati saat2 dia baby..now dah toddler..huhuh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails