C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, February 20, 2012

Setahun n seterusnya

Rania sejak akhir2 ni suda pandai main sendiri. Kalau aku masak kat dapur, kejap2 die datang dapur n kejap2 die pegi depan TV tengok iklan n kadang2 main sorang2 dengan anak patung dia. Maklumlah orang da ada kaki. Bangun pagi2 dia da pandai naik atas badan n cium pipi aku. Sangat sweet bila tengok die buat macam tu. Kalau tengok aku bergurau dengan en suami dia tukang gelak lebih. Ada sekali en suami geletek aku sampai aku da jerit2 suro stop sebab da tak tahan geli. Rania tolak ayah dia suro stop might be die ingat aku sakit. Then bila die dengar aku da jerit2 n ayah dia tak berhenti2 geletek aku even after dia tolak muka en suami, dia nangis sebab dia ingat aku sakit. Sungguh sweet itu anak dara.

Dengar muzik dia da pandai joget2 goyang2 tangan n badan dia. Jalan memang da laju. Cepat je dia berjalan sekarang. Tapi itu pon kadang2 tumbang jugak. Brape kali terhantuk sebab tersadong kaki sendiri or terlanggar barang atas lantai. Kes jalan takde pandang2 bawah ni. Maju aje dia ke depan. Carseat Rania aku da pindahkan ke belakang. Da lama nak buat camni tapi slalu tak konfiden. Walhalnnya tu cara paling selamat. So aku cakap genap setahun aku nak pindahkan ke belakang. Weekend lepas masa keluar aku dan en suami letak kerusi dia kat belakang. Dia macam ok je masa aku dok sebelah dengan dia. Tapi bila aku pindah depan dia nangis. Tapi aku buat dek je. Lama2 dia diam n until today nampak dia lagi suka dok kat belakang dari kat depan. Kalau kat depan ade je benda dia nak buat keluar dari kerusi. Bila dok belakang dia senyap je tengok pemandangan kat tepi. Kalau ngantuk dia tido. Kalau aku pandang dia kat belakang siap dia sengih2. Might be dia rasa macam da besar dapat dudok kat belakang tu.

Aritu kena jab MMR, dia nangislah kejap masa kena injek. Lepas jarum keluar dia ok balik cam biasa. Such a strong girl. Birthday dia aku takde bagi dia pape pon, just belikan sandle baru sebab kasut sumenye da kecik n ade satu kasut die yang slalu pakai tu actually one size bigger so dia macam tak selesa je nak lari dalam kasut tu. En suami suro beli one size bigger tapi aku kesian tengok dia jalan nanti asik jatuh je sebab besar. Memang dapat pakai kejap je tapi takpelah asal die selesa. Makin besar ni aku nampak Rania makin faham apa aku cakap walaupon kadang2 geram jugak dengan telatah dia tapi adatlah mak2 ni kejap aje geramnya, lepas tu memang di gomol2. Hahaha. Nak letak pictures Rania tapi kamera tertinggal plak. Lain kali k :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails