Skip to main content

2nd Anniversary

Lama sangat tak update blog. Malas menjadi2. Dulu ade laptop bolelah sambil dok depan tv, sambil melayan Rania main depan tv, sambil surf internet tapi sekarang nak kena gi bilik belakang yang da rupa tongkang pecah or worst. Macam malas nak masuk. Tunggulah weekend ni nak gi pc fair nak beli laptop baru. Harap2 adalah deal yang cantik menarik tertarik yang bole buat terbukak hati nak beli.

Banyak sebenarnya nak update. Pasal Rania, pasal kami, pasal jual menjual, pasal incident tapi cite bila da diperam2 jadi malaslah plak nak dikabokan. Penyakit malas ni kalau ada ubat aku nak makan biar hilang. Tapi ubatnya aku taktau mana nak cari. Kalau sape2 tau ubat malas, tolonglah habaq kat aku biar hilang sket penyakit 'm' ni. Kadang2 dok berusaha nak buang dia pon payah.

26hb lepas anniversary kedua aku dan en suami. Oh please baru 2 tahun. Rasa macam da 20 tahun n I could not imagine kalau betol2 20 tahun nanti macam mana. Anak2 da besar panjang, aku pon da tua, en suami pon da tua. Haishhh better jangan dipikir masa tu dulu sebab belom masanya. Well, kitorang tak celebrate kat luar. Plan nak buat kek tapi en suami kata tak payahlah. Walaupon aku ni suka sangat buat kek, tapi en suami bukanlah penggemar kek. Tapi kalau cheese cake yang moist macam kat secret recipe tu confirm dia suka amat. Nantilah aku blaja nak membuatnya. Orang kata tak susah pon sebab tak payah nak bakar ke kukus. Masuk peti ais, siap. Senangkan.

So sambung citernya anni kitorang ni. En suami buat surprise belikan bini dia ni bunga. Mata bergenang2 sebab rasa terharu dapat bunga. Almaklum da lebih 2 tahun aku tak dapat bunga. Dapat plak bunga lily. Aku da feeling ala2 gemersik kalbu gitu. Hahaha. Kena hari anni kitorang en suami masakkan lauk tengahari, ayam masak lemak cili api dengan sayur air. Apalah yang lebih menyeronokkan dari seorang suami membantu istrinya di dapur. Tak bahgia hidop kau jah..haaa gitukan (baca nada chef wan ok). Lebih bermakna rasanya celebrate macam ni dari celebrate kat luar..aceeehhhh gitu.

Lately ni, en suami memang rajin sangat bantu aku buat house chores. Malam2 dia basuhkan baju, sidai baju, basuh pinggan segala sementara istri dok kroh-kroh (tido) dalam bilik. Bila bangun nak buat sarapan tu rasa seronok je. Might be dia tak sedar pon how big it was for me bila dia membantu aku buat house chores tu. Benda2 tu macam mudah but believe me, i could not thanks Allah more for granted me with a kind n caring husband like him. n aku percaya ramai para istri dan ibu terutamanya yang bersetuju dengan statement aku ni. Aku secara jujurnya tak mungkin dapat membalas semua jasa2 dan kasih sayang suami aku ni tapi aku doa agar Allah membalas dengan cara yang lebih baik. Kalau bukan dari aku biarlah dari orang lain. Dan secara jujurnya aku ni bukanlah istri yang baik kalau nak banding en suami tapi Allah Maha Mengetahui dan setiap hari aku berniat nak jadi istri dan hamba yang lebih baik, Insyallah. Amin. B, semoga rumahtangga kita kekal abadi sampai syurga. Saya sayang awak sangat2. Thanx for everything b :) Muahhhh.

To my dear husband,
I love the way you make me so happy,
And the ways you show you care.
I love the way you say, "I Love You,"
And the way you're always there.

I love the way you touch me,
Always sending chills down my spine.
I love that you are with me,
And glad that you are mine.
I love you so much n its forever :)


Comments

sue zainun said…
selamat ulangtahun :)
nurarinab said…
thanx sue zainun :)

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Projek DIY Rumah

Assalamualaikum wbt,
Ok dengan semangatnya nak cerita. Berjaya juga DIY tangga. Ingat tak aku cite aku nak buat something dengan staircase dekat rumah. Akhirnya dapat ok. Alkisahnya macam ni. Aku gi KAISON. Berkenan tengok wallpaper kat sana. Cantik dan murah. So belilah 2 corak untuk dilekatkan dinding dapor n bilik. Dinding bilik tu teringin nak buat ala2 nyonya punya decor. Style vintage n color dia adalah combination yang pop. Macam biru laut n hijau lemon, purple n hijau. So aku tahu en suami ni bukan type bunga2 ni. Dia ni typical style sket suka play safe. Kalo amik color warna coklat or hitam or kelabu. Kalau amik wallpaper amik corak papan or batu bata. Dia tak suka or tak reti or tak berani main dengan corak n color. So masa en suami takde aritu, aku beli wallpaper ni n tampal kat bilik anak. Bilik tu memang takde buat pape. Plain macam tu. So aku just tampal je wallpaper tu tapi belum cat lagi. Tengah pikir nak cat warna apa tapi rasa macam da ada idea nak cat warna apa. S…