C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, April 9, 2012

I think everything is almost booked already :)

Weekend lepas penat dekat dalam homefair saja. Sibuk nak locked harga kitchen kabinet. Maklum next week dapat kunci nak terus suro diorang bekerja. Tamolah lama2 sangat tangguhnya. Parap nak bayar 2 rumah plak. So Homefair ni memang yang besarlah. 2 tingkat. Atas untuk benda2 macam grill, kabinet, wallpaper, flooring sumelah n tingkat bawah untuk perabot. So aku takde hati nak gi yang bawah. Target nak yang atas je.

So mission kami adalah kabinet dapur, grill n tinted. Aku dan en suami pon sabtu tu pegi tengok rumah dulu. Measure apa2 yang patut. Seronok tengok rumah tu da siap. Da rasa tak sabar plak nak masuk rumah baru (hee). Masa tengah measure tu ada jugak sorang cina ni datang n promote company dia. Dia offer cabinet dapur + ratakan lantai dapur + tukar tingkap dapur (yang kecil) + tinted = RM11000. Tapi kitorang tak janji nak amik dengan dia sebab nak tengok homefair dulu.

Masa 1st day sampai sempat pergi tengok 1 tempat je. Itu pon aku berkenan dengan cabinet dia (Country living punye). Sangat english style. Pakai KSK (kayu kembang semangkuk). Memang solid wood. Macam mana nak tahu betol2 solid wood ke tak, dia tak kira pakai squarefeet tapi ikut pada partition yang korang amik. sebab kalau solid wood mestilah kena potong sebatang kayu jadi sebuah pintu. Macam tulah. Tapi harga dia noq RM16000. Hamik kau. Instalment pon 12 bulan sahaj. Uihh kalo gitu gayanya memang tak makan kami sekeluarga. Tapi memang menganga tengok cantiknya. huarghhh.

So kitoramg ingat nak proceed dengan signature kitchen je. Da bayar booking dengan diorang setahun lepas. Tapi masa hari ahad tu pergi opis signature kitchen tutup. So aku ajak je en suami gi homefair balik sebab nak tengok grill n tinted. Skali masa pergi tu da sangkut dengan blind dekat sana. Satu rumah pasang blind untuk semua tingkap less than RM2000. n believe me blind dia sangat2 cantik. Corak macam kain langsir buat hati mak runsing n en suami pon berkenan so kitorang amik pakej tu. Yeepie!

Pastu en suami ajak tengok2 jugak tempat2 kabinet lain. Kitorang survey lagi 3 tempat kabinet. Maksudnya total tempat kabinet yang kitorang da survey ade lima. n last place kitorang pergi paling murah. Padahal sume guna material yang sama. Sama panjang tapi dia paling murah. I guess sebab diorang takde nama sangat n ada kilang sinri. Tapi yang ni taklah solid wood. Diorang guna compress plywood. Banyak yang promote hi-gloss tapi aku ala2 tak suka sebab aku ni kan mak2 sket. Pada aku hi-gloss untuk modern concept memang cun :) En suami minat hi-gloss tapi aku cakap aku tamo. Yang tempat last ni buat less than 8k n siap dapat spring tap, slow stopper, ade free sink, hob n hood tapi kitorang terpaksa tolak sebab sume da ade.

So next week nak panggil orang grill n tinted. Da bole panggil orang kabinet suro measure jugak. Sebab semua2 ni amik masa dalam 3-4 minggu jugaklah. But overall Im extremely excited. Rumah sendiri kot :) Meh cuci mata tengok rumah kosong dulu.








3 comments:

Mrs.aisheiteru said...

tahniah tahniah! smua dh booked. faeza masih lg survey2. nak kata cerewet xder la. biasalah nak yg cantek tapi ongkos tak cukup plak. mmg giler pegi home exhibition ni.

syok2 tak sabar nak tgk rumah u all!

Hafiza Abdul Latiff said...

lawa la grey!!!!moden!, suka entry pasal rumah :)

E-din™ said...

Kat mana ni kak in?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails