C o m e A n d J o i n M e =)

Thursday, April 12, 2012

Rania Azzahra yang manja

Asik citer pasal rumah je. Lama tak citer pasal Rania. Last tuesday bawak Rania gi regular check up yang every 2 months kat KK. Berat Rania turun banyak. Dari 8.9kg sampai 8,1kg. Nurse pon terus tanya Rania ade sakit ke sebab berat turun banyak sangat. Pastu cakap ada sebab dia kena sakit hand-feet-mouth disease (hfmd). Ni kali kedua Rania kena. Yang 2nd ni memang teruk dia kena. Menangis je, taknak makan n melepek je. So might be sebab tu berat turun banyak n lepas da baik pon still dok makan sket je. Kalau makan pun asik nak main je.

Rania sekarang memang tengah aktif dan lasak. Dia akan follow everything yang dia nampak. Tak kira lah me or ayah dia or tv or orang2 sekeliling. Dia akan tengok n terus follow lepas tu. Kalau dalam tv ade orang tengah menari pusing2, so sekarang kalau menari bila dengar lagu memang akan pusing2 n kadang2 sampai langgar2 dinding segala. Kan kat tv ade iklan eskrim magnum yang ala2 royal treat tu kan. Rania bila dengar je lagu magnum tu, terus angkat tangan dengan jari telunjuk point ke atas macam perempuan yang makan eskrim magnum tu buat. Kadang2 buat aku tergelak dengan kerenah dia. 

Favorite Rania sekarang adalah tolong aku kemas rumah. Lagi sejak2 rumah aku bersepah dengan kotak sana sini, barang2 yang aku da masukkan dalam kotak tapi tak di selotape dia akan keluarkan balik. Kalau aku masukkan lagi, dia akan keluarkan balik. Kalao khazanah memang macam2 dia keluarkan dari bilik. Laci baju pon dia da pandai bukak n dia akn keluarkan mana2 baju yang dia suka n letak kat leher dia. Kadang2 tak faham kenapa dia suka buat macam tu sebab bila da keluarkan bersepah kat lantai tak plak dia sebok nak main. But i guess normal lah kid macam Rania behave macam tu.

Rania sekarang kuat mengalan jugak. Kalau aku marah tunjuk tangan nanti dia pon follow tunjuk tangan. Kadang2 aku baru panggil nama dia, dia da lari datang kat aku sambil tangan telunjuk kiri kanan kiri kanan tanda slalu aku buat "no no no" kat dia. Kalau aku pok sket tangan dia sebab tumpahkan something ke apa, dia pon akan pok tangan dia balik sambil cakap "aaaa". Tapi bila aku marah secara serius, dia tahu aku marah betol dan senyap je. Kalau dia sedih dia akan nangis bila kena marah sambil kuar airmata n hanya akan diam sampai aku yang pujuk dia. Orang lain pujuk pon dia tamo. Ada skali tu dia main bakul baju. so aku marah dia. dia pon diam je diri kat dinding sambil ikut aku dari jauh. Muka sedih tapi dia diam je. Pastu bila aku tengok dia macam tu rasa kesian aku pon panggil dia, sambil cakap "meh sini". Dia pon cepat2 lari n pelok aku. Sangat sweet bila dia macam tu.

Malam2 hari2 tido atas dada aku. kalo tengah tido mesti pelok aku. Rasa macam da besar sangat. Cakap pon da nak pandai. Kalau dia nak something dia akan cakap "eenakkk", kalau nak bukak cakap "kak", kalau cakap hai nanti dia hai balik. Jumpa orang da pandai salam walaupon kadang2 dia buat malu2 sombong. Kalau nampak pinggan nak makan terus tadah tangan baca doa. Da pandai sebut amin jadi "ammmmi". Kalau nyanyi twinkle2 little star dengar dia sebut "ite tar (little star) je". Semoga Rania terus besar jadi anak yang baik dan solehah. Aminnn..

chasing bubbles



making friends


why is she taking my bubbles

tiba2 da menyibuk kat pak orang lain plak.hahaha

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails