C o m e A n d J o i n M e =)

Thursday, May 3, 2012

Cuti2 kita ke KL

Minggu lepas aku amik cuti panjang ke KL. Aku turun KL hari Rabu. Naek flight berdua dengan Rania. En suami bekerja. Dia datang hari Sabtu. Ni kira macam preparation untuk Rania naik flight. OMG makcik itu tak reti diam. Flight delay sejam n selama delay tulah die tido n bila masuk plane dia suda bangun dan mahu berjalan2 di dalam plane. Ooooh nasib penerbangan 45 minit. Kalau lama lagi memang taktahu lah nak buat apa. Next time kalau penerbangan lama memang aku bawaklah semua permainan yang bole menghiburkan hati dia dari berjalan2 (bole ke?).

Makan lotion sebab takde keje
taknak duduk dengan ibu sebab da besar :)
da penat tido plak
So sampai KL mak aku fetch. Tersangat lama tak jumpa ibuku n tak penah lagi ke rumah dia since dia pindah ke KL. So of course tak penah ke kedai baru dia jugak. Kalau korang2 kat area2 bangi or nak urut2 badan n manja2kan diri, korang bolelah ke Kenanga Beauty Centre kat Bangi. Nak buat appointment pon lagi bagus. Bole je emel aku or call je terus my mummy at 0197795462 :) So ibu jadi driver untuk aku bergerak sepanjang kat KL tu (thanx bu!muahhh love u).

Hari Rabu sampai tu aku tak gi mana2. Ngantuk sesangat so tido je sepanjang petang tu. Khamis aku da plan nak dating dengan Areh n Sue. Kawan wajib jumpa kalau ke KL. Jumpa kat Sunway Pyramid. Mula masa makan Rania tido tapi bila da bangun dia pon mulalah beraksi. So lepas makan aku tak sempat nak ke mana terus je balik sebab Rania da merengek segala.

Thanx korang sebab sudi luang masa
 Hari Jumaat aku gi UM n jumpa Ct. Mintak tolong dia install software dalam laptop aku (thanx alot Ct) n kitorang pon menuju ke MidV. Lama sesangat tak ke sana n banyak da berubah. Sabtu tu en suami datang n kitorang pon bersiap untuk ke wedding kawan en suami. Lama gak stay kat situ sebab tunggu kawan2 lain sampai. Seronok jugaklah sebab ni pon kawan2 aku jugak. Hehe. Banyak betol2 kawan2 kat KL ni. Balik wedding en suami tengok ragbi n aku stay rumah ibu before pergi rumah abang ipar aku kat Cheras.

Thanx Ct membantu arina..jangan lupa bln 9 dtg tdo rmh arina k
 Sampai pon da malam so tido terus. Aktiviti esoknya adalah ke IKEA. Aku cari kain langsir sebab kain dia murah dari kat Kamdar n design pon comel2 belaka. En suami beli chopping board yang super duper besar. Makan kat IKEA yang super ramai manusia sebab weekend tapi Alhamdulillah dapat gak makan kat sana. Masa kat sana jumpa Ammar n Didi. Balik IKEA terus gi rumah Ammar sebab kitorang tak pernah sampai lagi rumah diorang walhalnya diorang da berkali2 sampai rumah kitorang. Hehehe. Kucing rumah diorang takut dengan Rania sebab Rania kuat jerit. Kucing tu sentiasa dalam keadaan waspada. Sampai nak poo2 pon terpaksa berjaga2 sebab takut Rania kacau (hahaha).

Esoknya kitorang gi zoo. Rania da pandai tengok binatang da. Memang muka excited je bile tunjuk kat dia binatang2 itu. Dulu pergi zoo negara rasa kecik je zoo tu tapi sekarang rasa besarlah plak. En suami kata sebab dulu aku naik tren. Pusing pon separuh jalan je. Hehehehe. Tapi masa da 3/4 zoo tu kitorang round Rania tido sebab da letih sangat. Sian dia. Tak pat tengok zirafah n gajah. Kalau tak mesti dia kagum tengok.

So itulah kisah bercuti di KL. Rasa aktiviti padat sampai tak cukup masa. Banyak tempat aku nak gi tpi tak dapat gi. Huhuhu. Tapi takpelah. Ade rezeki nanti sampai lagi :) Jom layan gambar plak.

 
 
 
Mak bapak yang lebih excited dapat tengok rimau dan anak2 nya
belakang tu kazen rania yang beza umur cuma 20 hari je :)
"Tu monkey nak" (nampak muke excited rania)
tido da

 
Excited dapat tengok zirafah (akulah yg excitednya)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails