Skip to main content

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.

Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.

Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hilang terus. So aku pakai Nivea balik.

Then pas kawen n ade anak pakai Nivea lagi tapi macam da takde efek. Kulit pon da mulalah nampak bintik2 sket, kusam, lembik2..da tak best. Masa mengandung kemain glowing kulit. Da bersalin memang teruk betul jadinya. Paling tak bole blah, kat keliling hidung, pori2 da mula nampak. Memang da mulalah proses penuaanku. So survey2lah barang2 kosmetik di pasaran.

Aku paling teringin pakai SKII. especially miracle water tu. Tengok iklan macam bagus kan. So masa awal tahun lepas, ade promo, aku sambar 1 miracle water. Lepas 1 bulan pakai, takde efek ok. Rasa macam kena tipu plak. Tapi mask die memang fevret aku. cume miracle water tu aku rasa tak puas hati plak. So aku stop pakai SKII. Ada lagi setengah botol kat rumah tak berusik.

So slalu nampak iklan HadaLabo. Macam tertarik tapi sebab pencuci Nivea masih ade lagi, aku tak beli. Tapi adik perepmpuan aku yang bongsu pakai pencuci muka HadaLabo. Amazingnya jerawat kat dahi dia yang sebelum ni banyak gila da kurang. n mak pon cakap haritu kulit die menggelupas sebab kesan produk, cuci pakai semua pencuci muka even SKII semua pedih except HadaLabo adik aku je yang tak rasa sakit. So aku pon tak sabar nak guna.

Lepas habis je Nivea aku, berdesup aku ke Watson cari HadaLabo. Ok ade banyak jenis. Lepas tengok satu2, aku pilih yang paling aku nak tengok efeknya kat kulit muka aku ni. Kebetulan masa tu ade promo. Beli pencuci muka+lotion die RM59.90. Bole sangatlah tu kan. Lotion die ni memang no 1 di Jepun. Jadi haruslah aku cuba. Aku try Arbutin whitening lotion + Arbutin whitening face wash.



OK RESULTNYA, aku sangat2 puas hati. Aku pakai 2 minggu aku da prasan kulit jadi lembut n putih. Pastu memang moist je. Dia macam lembap tapi bukan berminyak tau. Ni aku pakai UV Milk (SPF 50) pon terbaik. Slalu kalo UV milk yang spf tinggi2 ni, kulit aku mesti rasa panas. Tapi HadaLabo ni tak langsung n sangat liquid. So cepat je die serap dalam kulit. Aku promote gila2 macam duta dia plakkan. Tapi aku tak dibayar pon. Just nak share some products yang aku rasa bagus n murah.


Yang tak bestnya aku takde plak amik gambar before n after. Natilah aku camwhore sorang2 dalam bilik tunjuk condition kulit aku sekarang. Hahaha.


Comments

cik fara said…
wah bestnya!aku pon teringin pakai.toner ade tak?
nantila pas habis bodyshop vit c ni aku try..dah mcm xde effect plak. salunya sayang kan nak beli yg lain sebab ada lg tak habis2 ni.
nurarinab said…
betol2.tunggu habis br tukar.aku x sure tp ko bole tgk website die hadalabo.com.my. Dalam tu ade sume pasal product n apa kelebihan product die.try tgk k.
Mummy yaya said…
He2 jauh btl Sya jln2 hari ni semata2 nk tgk review ttg produk..ok Esok Sya g beli..lau ok lehlah Sya share nnti
Alin Marlini said…
bercita2 nak try jugak...
Iryani_fz said…
baru tgk2 hada labo...hmm tq for sharing the info...its really help
Nur Arfah said…
Hada labo yg adik awk pkai tu jenis pe ye...yg jrwt punyer

Popular posts from this blog

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…