Skip to main content

Azam Ramadhan tahun ni

Macam tak percaya esok da puasa. Pantasnya masa. Rasa macam baru je bulan lepas raya (hehehe lebih2kan) Tapi Alhamdulillah, dapat berpuasa lagi tahun ni. Bulan menambahkan amal jariah. Harapnya lebih baik dari sebelumnya. Aku lately ni slalu bila lalu depan rumah besar2, nampak kereta besar2 rasa macam, "seronoknya kalau aku pon dapat rasa macam tu" tapi lepas tu aku terpikir, kalaulah kat dunia ni aku harap dapat rumah besar2 n kereta mewah2, macam mana plak dekat akhirat nanti. Mesti aku harap dapat macam tu jugak. Tapi bila tengok2 balik, saham akhirat aku memang belom tentu dapat 'rumah besar' or 'kereta mewah'.

Hari2 aku berharap aku dapat membaiki diri. Tak payah pegi jauh2. Bab nak jaga aurat pon aku belom mampu nak tunaikan ikut agama betul2. Allah bagi aku kesedaran tapi kadang2 rasa berat. Bukanlah aku ni pakai seksi2 skirt pendek ke hape cuma tak ikut panduannya betul2. Kadang2 pakai baju lengan 3 suku, kadang2 tudung tak cukup labuh tapi Insyallah aku sedang memperbaiki diri sikit demi sikit. 

Paling mudah bagi seorang wanita yang da berkahwin ni nak masuk syurga. Jadi istri yang taat. Tapi perkataan 'taat' tu senang untuk dicakap, senang untuk ditulis tapi nak buatnya, Subhanallah sukar. Aku ni lagilah. memang bukan istri mithali tapi percaya tak percaya hari2 dok tanam dalam diri nak jadi istri yang baik dan taat pada en suami. Alhamdulillah sikit2 aku rasa dapat jugaklah mengimprove diri. Tapi nak jadi istri yang betul2 solehah memang mencabar betul buat diri aku ni. Tapi hari2 aku mintak maaf dengan en suami. Mana tahu esok tak bernyawa n ade plak menyinggung hati dia, berdosa besar da aku.

Lagi satu yang aku rasa susah nak achieve adalah menjaga solat. Rasulullah SAW bersabda, "Amalan yang paling utama dan disukai Allah adalah solat awal waktu, yang kedua berbakti kepada kedua ibu bapa dan yang ketiga berjihad di jalan Allah". Tapi nak solat awal waktu tu memang payah. Lagi2 kalau Isya'. Godaan syaitan kan tapi hari2 jugak aku dok tanam dalam hati, cuba solat awal waktu semampu mungkin. Slalunya godaan aku memang tv lah. Skali da tengok tv, melekat terus. Kena plak time2 Maghrib n dekat2 kul9 citer menarik. Haihhhh memang godaan.

Semoga Ramadhan kali ni aku mampu berubah menjadi hamba yang semakin taat dan dekat pada Yang Satu. Aku berdoa juga semoga tahun ni Ramadhan aku dapat banyakkan amalan sebab ganjaran yang Allah sediakan, memang besar pada bulan Ramadhan. Untuk semua kawan2 yang membaca entri ni, aku nak mintak ampun dan maaf kalau ada salah dan silap atau mengguris hati sesiapa. Salah silap sesiapa Insyallah aku da maafkan da. Semoga bulan Ramadhan ni kita sama2 dapat tambahkan amalan dan memperbaiki diri kita. Insyallah.

Comments

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…