C o m e A n d J o i n M e =)

Thursday, July 26, 2012

Diaper Rash & Rania

Assalamualaikum WBT,
Harini da masuk hari ke-4 berpuasa. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menambahkan amalan. So da lama tak bercerita si kecil Rania. Rania da nak masuk 18 bulan. Masih lasak macam biasa n mulut sudah mula mengikut2 apa yang disebut. Aku paling suka kalau dia sebut upin ipin n boboiboy. Serius super comel. Nanti kalau aku bole rekod aku letak dalam blog ni kasi tengok. Hehehe.

Rania sekarang tak bole tunjuk perangai pelik2 kat dia sebab dia memang nak follow je. So kenalah tunjuk yang baik2 je depan makcik ni. Lepas tu Rania sekarang suka sangat menangis. Menangis yang dibuat2. Kadang2 mulut je bunyi nangis kadang2 pakej dengan airmata. Selagi tak pujuk selagi tu tak berenti. Memang nak attention makcik tu. 

Last week Rania demam n kena diaper rash yang super teruk. Sampai melecet anu dia sebab dia gosok dengan pampers bila gatal. So bila die peepee dia akan menangis n cakap "atit atit". Even tengah malam pon. So malam tu memang aku berjaga melayan si kecik tu. Dia dapat diaper rash tu sebab antibiotik yang doktor bagi asik buat die poo2. Tapi Rania demam, batuk n selsema yang teruk. Sampai melepek dia masa demam tu. Slalu dia aktif je berlari tapi kali ni dia melepek diam, tak banyak bunyi so walaupon die poo2 kerap, aku bagi jugak dia makan antibiotik tu selama 5 hari.

Rash Rania slalunya aku memang akan sapu dengan Johnson&Johnson punye rash cream. Dari baby lagi dia pakai yang tu. Slalunya semalam aje memang hilang rash tu tapi kali ni punye rash 1 malam tak hilang2. Hari ke2 aku da risau sebab nampak macam makin teruk. So aku pon cari dalam internet pasal diaper rash. Dari situlah aku dapat tahu Rania dapat diaper rash sebab antibiotik. n gambar dalam internet pasal diaper rash tu memang macam Rania nye rash n walaupon aku rasa teruk tapi actually diorang bagitau itu mild unless kalo sampai da naik ke pinggang or kaki baru kira teruk. So aku pon postpone niat nak bawak jumpa doktor just sapu krim Johnson&Johnson tu n aku pakai kan dia MamyPoko pants. n bila pakai diaper yang tu dia tak nangis da bila pee2. So selama dia ade rash aku pakai je MamyPoko sampai rashes dia baik. Hari ke3 tu rashes start kurang n luka2 kat tempat melecet pon da baik.

Walaupon anu Rania rashes n melecet tapi aku kerap salinkan dia diaper n basuh kencing dia everytime dia pee2. Dalam sejam 2 aku akan salin diaper die. Walaupon anak dara tu menjerit sakit tapi untuk make sure luka cepat sembuh kena slalu basuh. Lagi pon Rania bila dalam air dia tak rasa sangat melecet tu. Lepas cuci pee2 or poo2 dia, aku akan sapu krim tu walaupon dia melompat n berlari sebab nak ngelak dari kena sapu krim. Sebab krim tu macam akan bagi layer pada kulit supaya kuman tak lekat n rash cepat baik. Memang lepas 2 3 kali sapu akan nampak macam krim tu melekat kat kulit. even da cuci pon akan stil ade. Aku biar je slalunye satu hari n just topup2 je krim tu sampai bila malam nak tido, masa salinkan lampin tu aku akan cuci dengan tisu basah kasi hilang layer tu n pastu baru aku sapu lagi yang baru. Sebab da melecet so kalau aku kerap sangat lap dengan tisu basah, rania akan jerit cakap sakit.

Rania makan ubat takde masalah langsung. Dia akan makan tanpa perlu dipaksa walaupon ubat tu pahit or rasa tak sedap. So Alhamdulillah dari segi macam tu aku takdelah kena struggle sangat. Plus Rania faham bila aku cakap kalau nak baik cepat kena makan ubat. Before bagi makan aku akan bagitau dia awal2 yang lepas makan ni dia kena makan ubat. So slalunya lepas makan dia terus cakap "ubat ubat". Kalau aku amik ubat tu dia da dok bersimpuh depan aku nak makan ubat. Tapi masalah sekarang bila nak attention je dia cakap "atit". Aku sampai taktau sakit kenapa. Las2 semalam aku warning Rania, kalau dia cakap sakit tapi sebenarnya takde pape aku denda n luckily dia faham n stop cakap "atit". Hehe. Akal panjang si kecik tu.

Tapi Alhamdulillah, lately ni kesabaran aku tebal jugak. Kalau tak cepat je aku marah Rania or lepuk peha or tangan si kecik tu. Sekarang kalau aku rasa geram, aku dudok dulu kat tepi, tengok dia nangis or merengek. Pastu bila rasa reda baru aku cakap dengan dia or pujuk dia sebab aku tengok dekat supernanny, kalau kite rasa marah masa tu better kite pon amik masa juga untuk kasi emosi kite cool down n guess what, it works! :)

Love you baby!

1 comment:

iietamalek said...

Chumeller berturban...
n

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails