C o m e A n d J o i n M e =)

Friday, August 3, 2012

Persiapan Raya

Puasa da hampir 15 hari. Aku da buang puasa hampir 10 hari. Huh, jenuh nak ganti. Aku baru tukar kepada maajun anggun bestari untuk planning. So efek2 awal dia adalah period yang kelam kabut sket sebab dia nak adjust cycle haid semula. Tapi aku redha je sebab before ni aku cucuk n sebab tak tahan nak kena cucuk 2 bulan skali n aku takut ade efek di kendian hari, aku makan pil perancang. Tapi pil perancang tu punye efek aku tak tahan. Lapar yang sangat2. Menggigil tangan n badan tahan lapar. Tak bole perut kosong langsung. kalau lambat makan memang gastrik. So atas sebab2 tu aku rasa baik aku makan maajun anggun bestari ni. Aku rasa lebih selamat n natural.

So da sebulan pakai, Alhamdulillah rasa badan lebih segar n kalau tak makan kerap pon masih mampu menahan lapar especially bulan2 puasa ni. maajun ni tak dijual di kedai yer kawan2. Korang kena beli online. Agen dia ade di seluruh negeri. Buatan secara traditional sebab tu tak dijual kat luar. So sape2 nak try bole je search dalam internet. Confirm kuar semua nama senarai agen2 diorang.

So enuf pasal MAB, nak cite pasal persiapan raya. Tahun ni aku dan en suami tak buat baju raya pon. Aritu dok gebang2 pasal baju raya Rizalman end up tak pi tengok pon. En suami pon macam ngelak2 je nak bawak ke sana. Hehehe. Tapi aku tak kisah pon sebab baju kurung ade banyak. Kalau aku pakai confirm orang taktau tu baju lama kecuali pembaca2 blogger ini sahaja. Yelah setahun aku pakai baju kurung masa majlis kahwin n raya sahaja. So kalo nak buat pon cam membazir je. So baik duit baju raya tu aku guna beli henpon baru benda lain.

Baju Rania paling banyak aku beli kot. Baju kurung dia aku beli sehelai je sebab Rania ade lagi 3 pasang baju kurung yang belum pernah dipakai. So cukuplah tu kan. Lagi pon makcik ni pakai masa raya je kot. Masa lain aku memang lagi suka pakaikan dia baju gaun or seluar. Baju gaun Rania sume hasil sumbangan lola rania. Aku rasa da ade 5 6 pasang kot gaun makcik tu. Baju tido aku da belikn jugak. Da ade 4 pasang pijama. Baju tshirt n suar jenjalan pon da ade. Cukuplah kot.

Kuih raya aku da order 3 jenis. Slalunya mak mertua aku mesti ade bagi jugak sebab MIL aku rajin sangat buat kuih n segala macam masakan. Lepas tu aku ingat nak cari kerepek2 je. Sebab slalunya kuih raya ni sedap masa puasa je. Bila da raya rasa jemu plak nak makan. Tapi aku tetap sediakan jugak sebab tanpa kuih raya, raya tak bermakna. hehe. Tapi balang kuih raya pon aku takde. Tahun lepas aku hidang dalam balang kuih yang penutup merah tu je. Bole gitu? Hahaha.

So macam mana preparation korang? Da siap ke semua?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails