C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, October 8, 2012

Menangitis & Insurans

Assalamualaikum wbt,

Semalam ada cousin aku datang rumah. Da lama tak jumpa dia. Aritu dia masuk hospital tapi tak sempat2 nak lawat dia n asik lupa je. So ni dia da datang rumah, aku pon amik kesempatanlah nak tau cerita dia. Dia muda lagi. Kalau tak silap umur dia dalam 32 or 33 macam tu. Dia masuk hospital sebab meningitis but of course dia taktau dia kena menangitis. Aku rasa mesti ada antara korang yang pernah dengar nama penyakit ni but not very familiar with menangitis.

So aku cite dulu pasal cousin aku ni. Pagi tu before pegi keje dia sakit kepala. Macam migrain so dia pon amik keputusan untuk MC. Dalam pukul 10 pagi macam tu tiba2 mata dia tak nampak. Dia bukan jadi gelap macam buta tau tapi terang sangat sampai tak nampak. Macam kalau kita nampak cahaya lampu yang terang waktu malam n tersuluh dekat mata kita secara dekat. Sangat terang sampai tak nampak. Macam tulah yang dia cakap. So of course dia panic. So dia pon suro istri dia bawak dia pi hospital.

Tak sampai setengah jam lepas dia tak nampak tu badan dia jadi lemah lesu yang tak mampu nak gerak. Tak mampu nak buat apa2. Nasib masa tu da sampai dekat wad emergency. So doktor cepat2 buat test n dapat tahu dia kena menangitis. Mata dia tak pulih serta merta. Dia diberi 3 bulan MC sebab sakit ni bole bawak maut. Virus menangitis ni dia serang otak kita. So macam my cousin, doktor cakap dia serang dekat bahagian mata di otak, dats why tak nampak. Kalau kena kat telinga bole tiba2 tak dengar. So macam tulah. Kalo nak tau pasal menangitis korang bole google. My cousin lucky sebab cepat datang ke hospital n dapat detect. If lambat memang bole maut sebab dia sangat cepat merebak. Note that virus ni dia serang di bahagian otak dan tulang belakang kita.

So yang menariknya my cousin cakap kalau benda alah ni serang kanak2 especially yang tak pandai bercakap. Cuba korang bayang bole ke tau kalau anak kita sakit kepala? Tapi kanak2 slalunya adalah demam panas. Kan kadang2 kita tengok ada budak terencat sebab demam panas or certain anggota badan cacat sebab demam panas. Actually menangitis yang punya angkara. So ini slalunya sebab respon2 yang lambat bila da diserang demam panas tu. Biasa kalau kita pegi GH kita kena tunggu agak lama jugak untuk dapat diperiksa. So ini bole jadi salah satu faktor penyumbang kepada benda2 yang tak baik nauzubillah. Tapi aku bukan nak kondem GH sebab memang ramai orang dapatkan treatment kat sana.

So kalau anak kita kena demam panas, kalau bole bawak pegi hospital berbayar. Procedure nya lebih cepat. Keputusan ujian lebih pantas. Amik insurans untuk anak2 kita yang masih kecil ni. Amik insurans ni kalau untuk kanak2 lebih murah n sekarang pon da ade macam2 benefit pada insurans. Savings n education n even ada insurans islamic jugak. Aku macam baru tahu benda2 kecil macam sakit kepala bole bawa kepada sesuatu yang lebih besar. Aku pon kalau kena masuk hospital swasta bayar of course kena riban2 memang tak mampu. So Insyallah kalau ada insurans bole tolong cover.

Kita kena perhati anak2 kita. Kalau sakit try cepat2 bawak jumpa doktor. n kalau bole buat insurans untuk satu famili. Sekarang da ada insurans untuk 1 famili jugak. Aku tak jual insurans ok tapi sekarang aku da nampak kepentingan insurans tu. Sakit memang datang dari Allah tapi penawarnya pon dari Allah jugak. Yang penting usaha dan tawakal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails