C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, January 2, 2013

1st entri 2013

Assalamualaikum wbt readers,

Lama sesangat tak bercoleteh kat sini kan. Bukan menyepi ke majuk tapi rasa macam life tengah busy n hari2 penat je sampai takde masa nak ngomel2 kat sini. So hows new year? Macam rasa 2012 berlalu pantas. I can still remember dok berceloteh pasal 2012 baru tiba. Now suddenly da 2013. How time flies. Well sepatutnya da tau masa berlalu pantas, lagi pantaslah kerjanye kan tapi biasalah bila namanye manusia ni kadang2 datang gak malasnya. Resolusi 2012 da tercapai belom? Aku jangan cakap tercapai ke tak, ingat pon idok. Hahahaha. So 2013 taknak buat resolusi. Perubahan akan lahir bila rasa da bersedia atau terdetik di hati untuk dibuat pada bila2 masa. Kan? Kan? But one thing for sure nak cuba selesaikan projek tahun ni jugak. Tak sanggup da nak menatap mengelek mengendong dia lagi. Serius muak!

2012 full of memories. and kadang aku slalu pelik, ade 1 masa kita akan rasa sedih or marah or geram but bila flashback benda tu jadi macam kenangan yang seronok untuk dikenang. Macam, "tak sangka aku lalui benda tu" n bila dikenang balik takde da rasa sedih marah or benci tu. n peliknya sometimes it makes us smile n kadang2 benda tu buat kita makin matang n stronger. Besarnya kuasa Allah! Pada aku 2012 sama macam tahun2 before. Ada ups and downs. And banyak benda menyedarkan aku. En suami n Rania antara yang jadi pengajar tentang kehidupan. Yang ajar supaya bersabar, supaya bersyukur, supaya berusaha dan tabah dalam setiap ujian. Well kehidupan is like that belajar n mengajar.

Sebut pasal en suami n Rania, banyak benda jadi pada kitorang. Tahun 2012 masuk rumah baru, tahun 2012 dapat bercuti pi Bali (I owe you guys 1 more part of Bali kan), dapat anak buah baru. itu antara major event lah. Rania da banyak progress nya. Mulut memang banyak cakap. Banyak sangat vocabnya. Tapi bila jumpa orang, sorilah memang pemalu amat. Sebab da pandai cakap, dia da di potty trained da. Tepat umur 1 tahun 9 bulan. Nanti bila2 aku cite macam mana aku potty trained dia. Akalnya..Masya Allah memang banyak. Ada je everyday punye keje yang kadang memang nguji kesabaran but aku rasa aku bersyukur amat dia aktif macam tu. So nanti senang2 aku story mory k perihal Rania.

N en suami, as usual busy dengan keje but da ade hobi baru iaitu memancing. Sronoklah dia slalu bawak balik ikan. Awal tahun ni kitorang tengah tunggu one major event too (in sha Allah..Aminnnn). Setiap hari aku bersyukur sangat2 dikurniakan en suami. I dunno if ada orang lain yang bole layan aku macam dia. Memang dia my other half. Macam pelengkap each other. Susah nak cakap sebab before ni aku tak faham maksud sebenar other half tu. Macam aku rasa orang guna term tu just untuk seorang manusia bergelar suami tapi sekarang aku tahu dan mengerti maksudnya :-) Semoga rumahtangga kekal bahgia sampai syurga yer b.

Banyak rasa nak bercoleteh tapi aku takut korang bosan. So next time aku cite k. Selamat tahun baru kawan2. Semoga semua usaha kita tercapai tahun ni in sha Allah. n kalau tahun lepas punya tak tercapai, Allah masih panjangkan umur kita untuk dibuat tahun ni. Semoga kita lebih istiqamah dan menjadi muslimah yang lebih baik dari tahun lepas. Jadikanlah syurga impian kita semua dan bukan hanya urusan duniawi semata (peringatan ni untuk diri aku sinri jugak). See u guys soon ok! tata.

Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails