Skip to main content

Rania is now 2!

Lama sangat da tak mencoret2 dalam blog ni. Lately ni aku da jarang surf internet. Bukak fb pon jarang jugak. Update instagram pon jarang jugak. Ape lagilah nak menaip2 panjang2. Febuari da nak abes pon. Rania da berumur 2 tahun pada 9hb yang lepas. Aku tak belikan hadiah pon lagi. Just ayah Rania belanja Rania kasut tapi rasanya kalau tak besday pon ayah dia belikan jugak. Taktau nak belikan apa. Might be nak belikan something yang die bole main n have fun with. Tapi taktau apa. Rania da pandai pee2 kat toilet since dia 1 tahun 9 bulan tapi peliknya kat rumah babysitter die pee2 dalam pampers. Kalau kat rumah pakai pampers pon tau nak cakap nak pee2 kat toilet. Marah kalau aku suro pee2 dalam pampers. Cuma malam memang pee2 dalam pampers. Ada jugak dia bangun cakap nak pee2 n kadang2 tak pee2 pon 1 malam.

Aku train Rania pee2 satu hari je. Itu pon da nak give up sebab rasa macam mak tiri nak train dia. Aku cuti seminggu. Dudok rumah n tak pakaikan dia pampers. Most of the time aku dudok dalam bilik je 1 hari tu sebab toilet dekat n aku bole angkat semua karpet dalam bilik. So kalau dia kencing kat mana2 aku senang nak cuci. First day train memang menguji kesabaran. Every 10minit aku akan tanya dia nak pee2 tak n bawak gi toilet. Kadang2 dudok sampai 15minit kat mangkuk tandas tunggu dia pee2. Lepas tu kalau bagi dia minum susu, aku akan kira brape minit pas minum susu dia akan pee2. Memang banyak kalilah bocor sana sini. sekali dua tahan lagi tak marah. Lepas2 tu memang da macam mak tiri. Sampai bila da petang aku cakap dengan en suami, aku tak sampai hati da nak marah2 dia. Kesian dia kecik lagi n kesabaran aku pon tak tebal mana. But then malam tu dia cakap dengan aku kalo dia nak pee2, so aku tahulah dia da faham.

Lepas2 tu jangan ingat dia tak bocor. Dia masih ada gak bocor skali skala. Kalau orang datang rumah or dia excited main dia memang takkan cakap dia nak pee2. So masa2 tu memang dia akan bocor. Masa nak train poo2 lagi susah 2 3 kali gak bocor kat lantai. Sebab nak kasi dia tahu macam mana rasa nak poo2 n melepas dalam toilet yang susah. So masa tu aku slalu bagi dia makan buah yang lawas. So kalau dia nak poo2, dia cakap nak pee2, tapi bila dia poo2 aku puji dia n cakap da poo2. So lepas few times dia tahu beza pee2 n poo2. Everytime dia pee2 or poo2 kat toilet aku akan puji dia. Dia memang suka kalau kena puji n lama2 pandai dah buang air kat toilet.

Da banyak sangat perkataan dia. Da pandai mintak maaf kalau buat salah. lately ni kalau salam siap cakap macam ni, "soyiii. angan ukul ea (sori. jangan pukul ea)". Padahal takde kena pukul pon. Cuma kalau da lebih sangat memang aku or en suami akan babap bontot dia. Makan da berselera. Hari2 mintak nasi. Kadang2 pagi2 mintak "ibu nak nasi emak (ibu nak nasi lemak)". So hari2 kena masakkan dia nasi. Kalau tak dia taknak makan.

Tapi 1 perkara yang aku belajar dari Rania, kanak2 mudah memaafkan, mudah melupakan, mudah meminta maaf, mudah menyayangi. Kadang2 aku amaze dengan dia. Sebab tu kanak2 gembira slalu. Ibu sayang Rania sangat2. You will always be the first :)


Comments

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…