Skip to main content

Balik kampung siapa?

Assalamualaikum wbt,
Tertarik baca satu status dalam fb ni. Jom aku share skali dengan korang kat dalam ni.

"Salam..sy pregnant smggu lagi msuk 32weeks. Skrg ni sy sedih sgt2. Tak bole tido sbb trlalu sedih. Skrg msih mnangis trsedu2. Suami kat sbelah tak layan pon. 

Citenye camni, suami sy ni cikgu n saya pulak tak keje lagi. Kami mnetap di johor, sy org N9 n suami org perak. Jadi, cuti raya cina lepas suami ajak balik kmpung MIL. Kami dok 6 hari 5 mlm kat umah MIL. Dpt jumpe mak ayah saya kat kmpung jap je 1 mlm je. Sbb suami da janji nak balik cuti penggal pertama bln 3 rumah mak ayh saya.


Saya ikut je tak membantah. Nak dpndekkan cite, 2 hari kat rumah mak ayh saya, suami ajak balik perak. Sbb MIL mcm bhrap ank die balik, jadi sy ikut je. Sbb taw syurga suami sy msih dgn ibu dia. Suami ckp balik 2-3 hari je. Kami smpi rumah MIL hari isnin ptg, dan plan asal khmis ptg gerak ke N9 semula. Tp tdi tiba2 suami ckp nak balik jumaat. Tersentap saya dengar. Saay mula2 ckp baik2 yg suami tu da janji nak bercuti kat umah mak ayah saya pulak. Tapi suami tiba2 marah, die ckp mak ayh saya da xde kpntingan slepas sy bkawin.Mak suami lebih pntg


Sy phm....tp seolah2 suami mungkir janji. Dan ckp mak ayh saya takde kpntingan da. Sedih..hnya Allah yg tahu. Saya tak dapat nafikan, ank lelaki kena taat pada ibu bapa smpi akhir hayat mereka..tp knp suami xfikir mak sy lahirkn saya susah jugak, dari rahim jugak..mgndung 9 bln jugak. Suami hnya pikir kuasa veto die sbgai sorg suami. Bila sy ckp sy pon ade perasaan sbg sorg ank, die akn balas..awk kene taat dgn sorg je slepas brkahwin. Pasal mak ayh tu xpyah pk sngat da. Tlong la mommies..dr tadi sy tak henti2 nangis. Smpai sesak nafas da. Sian baby sy..


Admin..tlg hide nama, sy sedih. Perlukn sokongan.."


Slalu tak korang dengar masalah pasal balik kampung bila da berkahwin? Aku rasa benda ni normal sangat. Suami nak balik rumah parents dia, istri pon nak balik rumah parents dia. Lepas tu kira rumah sape paling kerap balik. Lepas tu bila nak balik kampung suami akan guna alasan tanggungjawab dia adalah pada ibu bapa dia, istri perlu mengikut perintah suami dan sebagainya. Aku seriously kadang tak faham nape adenya perkara berkira macam ni antara suami istri.

Pada pandangan aku suami yang baik dan adil akan fikir ibu bapa mertua mereka juga. Memang tanggungjawab dia pada ibu bapa dia paling besar, tetapi sebagai suami yang baik dan adil maka dia pasti akan menganggap ibu bapa mertuanya adalah ibu bapanya sendiri jugak sebab merekalah yang melahirkan istri untuk melahirkan anak2nya nanti. Pernah dengar kisah pada zaman Rasulullah SAW, lelaki yang pergi berperang dan istri di rumah mendapat berita kematian ayahnya tetapi tidak keluar rumah kerana belum mendapat keizinan suaminya lagi. Subhanallah, wanita seperti itu pastinya dimiliki oleh lelaki yang beriman. Oleh itu para suami, sebelum menggunakan cerita ini, tepuklah dada dan tanya apakah setara imanku dengan lelaki tadi untuk mendapat istri sesolehah itu. Malahan suami yang berperang tadi sebenarnya membenarkan istrinya pergi melawat ayah mertuanya yang telah meninggal dunia tetapi ketaatan istrinya sendiri menghalang istrinya.

Jadi pada zaman sekarang, kebanyakan keluarga di Malaysia, pendapatan isi rumah dikongsi bersama suami istri. Seharusnya istri perlu memberitahu bahawa pendapatan yang dibelanjakan untuk isi rumah adalah pinjaman semata2 (kecuali jika dia meredhakan) kepada suami supaya suami tidak menyalahgunakan hak istri sewenang2nya (ini pendapat yang telah dikeluarkan oleh para penceramah dan ulama' di Malaysia yang pernah aku dengar) tapi aku pasti sebagai seorang istri tidak ada yang tergmak mengungkapkan ayat sebegitu kepada suami sendiri walaupun tidak salah. So suami pon janganlah berkira sangat dengan istri.

Tapi kalau misal kata kita dapat jugak suami macam wanita di atas ni, maka berdoalah kepada Allah, mengadulah kepada Allah kerana dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik untuk kita dan Dia penyelesai segala masalah kita. Wanita yang bersabar dan taat pada suaminya, maka Allah akan sediakan ganjaran untuk kedua ibu bapanya juga. Kalau kita tak dapat jumpa ibu bapa kita sekerap ibu bapa mertua kita, maka berdoalah untuknya setiap hari, sedekahkanlah mereka Fatihah dan semua amalan baik yang kita lakukan setiap hari untuk mereka sebab amalan baik yang disedekahkan kepada ibu bapa kita, akan Allah berikan kepada ibu bapa kita dan Allah juga tidak akan mengurangi pahala amalan kita itu untuk kita (Subhanallah!).Walaupon ibu bapa kita masih hidup, perkara baik ini bole dilakukan.

Lagi pon kawan2, tidakkah kita ingat ayat suci dari Al-Quran ini, "Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?" (Ar-Rahman, Ayat 60). Oleh itu, jangan lupa kita juga akan/sudah ada anak. Bagaimana kita mahu anak2 melayan kita setelah mereka berkahwin juga adalah suatu perbuatan yang mereka lihat semasa mereka kecil. Pada masa itu jika mereka kerap pulang ke kampung mertua, maka ingatlah kembali bagaimana layanan kita kepada ibu bapa dan ibu bapa mertua kita. Dan sebagai mertua suatu hari nanti, janganlah ingat kita sahaja ibu bapa yang ingin berjumpa anak2 kita, sedangkan anak kita telah pun berkahwin. Maka mereka juga mempunyai keluarga yang mempunyai keinginan yang sama dengan kita.


Ini hanyalah pendapat ikhlas aku semata2. Apa pendapat korang plak?

Comments

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…