C o m e A n d J o i n M e =)

Thursday, August 29, 2013

Set Bersalin untuk kali ke2

Assalamualaikum wbt,

Ceh sejak2 da bole update blog guna fon ni rajin plak nak update kan. hihi. So just nak share set bersalin yang aku pilih untuk anak kedua ni. Aku nak cari set yang takde bengkung sebab da ada bengkung. Amway plak takde jual set tanpa bengkung sebab kalo tak for sure aku akan beli set Amway lagi. So adalah a few yang aku consider untuk dicuba. Antaranya set Anugerah sebab set Anugerah siap ada bacaan ayat2 quran. So quite menarik jugakkan. Pastu set dia pon ade banyak. Ada untuk ibu bersalin normal n ibu bersalin secara caesarian.

Aku ni citer yer2 macam aku beli kan. Tapi akhirnya aku tak beli pon sebab lepas consider set Anugerah, aku tertarik gak dengan mustika ratu. Set dia yang tanpa bengkung dalam rm120 je kot. Aku tak ingat exact harga dia. Tapi set dia tanpa ada pencuci untuk bawah n herba mandian. Herba mandian aku beli brand TYT memang khas untuk berpantang dalam rm8 ada 2 sachet. Yang untuk bawah tu aku guna air garam suam je nanti sebab nenek aku cakap cepat baik luka jahit tu nanti.


So total spend untuk set bersalin kali ni dalam rm150 macam tulah. Lagi pon bendanya sume lebih kurang je. Pastu masa pantang ni aku suka sangat pakai body wash body shop. Dulu masa pantang Rania aku da pakai benda ni jugak. Ada satu body wash ni dia macam herbal body wash pastu ada macam partikel2 dalam dia so function dia macam scrub lah. Aku paling suka bau dia sebab sangat refreshing (aku bukan jenis suka bau wangi2 buatan sangat ni). Dia macam bau halia tapi lebih wangi lagi lah. n bau dia tu bukan wangi macam sabun biasa. Dia wangi bau herba. korang bole try cari kat bodyshop. 1 botol rm59.90. Harga memang mahal untuk 1 botol kecik. Kalo masa pantang maybe guna dalam 2 botol camtu. Tapi sebab masa preggy kulit aku jenis yang macam kuar 'daki2 taknak tanggal walau disental macam mana pon', so bodywash ni fevret aku.


Baju baby sume da siap. Barut n bengkung sume aku pakai masa rania dulu. Memang tak banyak spend untuk barang baby kali ni sebab aku recycle je barang2 rania. Kadang2 ada yang rania tak sempat nak pakai pon sebab da tak muat. Pampers newborn pon siap ada lagi (sempat pakai seminggu je kot sebab lepas tu da kena pakai size s). Breastpump aritu aku ingat da rosak tapi masa bawak gi kedai untuk servis dia cakap masih function dengan oknya. Alhamdulillah. So aku pakai lagi Medela mini bp tu. Aku suka sebab walaupon dia bising sket tapi senang nak bawak mana2 sebab bole pakai bateri AA je.




Yang lain sume ok je kot. Pantang kali ni aku pantang rumah aku je sebab PIL aku da pindah Melaka n tak sanggup nak pantang kat sana. Panas kot Melaka tu. So aku mintak tolong mak aku jaga aku maybe dalam 2 3 minggu sebab lepas tu sdn bhd. Lagi pon da 2nd baby in sha Allah da tahu ape nak buat. Just awal2 tu macam lemah2 lagi so i need help. Tukang urut pon aku da cari. In case mak n mil aku tak dapat nak tolong aku awal2 pantang ni, aku siap da ada nombor confinement lady. Haha nampak tak perancangan aku yang terlebih maju ni kan. So harapnya semua lancar sebab macam mana pon perancangan Allah paling baik.

So sekarang tinggal nak bersalin. Beg bersalin da dalam kete. Seriously tak ingat sangat apa yang nak dibawak. n sangat seram nak bersalin lagi skali. 1st time takut sebab tak pernah rasa. Now takut sebab i know it will be a totally different experience. Aku harap semuanya lancar n selamat in sha Allah. Arini da 38 minggu da baby ni. Kalo Rania dulu dia memang lagi 4 5 hari nak kuar. Huh seram skali! Doakan aku yer kawan2.

p/s: VogueLicious sekarang ada jual telekung tie dye. Kalau nak beli bole jenguk2 page kitorang kat fb or ig. Nak pm terus kat sini pon bole. Kain cotton viscose, sejuk, selesa n tak jarang. Ada travel bag skali so bole bawak jalan. Stok da tak banyak tau ;-)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails