C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, September 25, 2013

Overdue 6 hari punya cerita

Assalamualaikum wbt semua,

Alhamdulillah. Harini genap seminggu da melahirkan anak kedua. Nama baby takde lagi. En suami asik tukar2 namanya jadi taktaulah apa nama final nanti. Hehe. Esok nak cukurkan rambut dia dah. So ni nak cite pasal pengalaman melahirkan anak kedua. Totally a different story dari Rania. Lepas melahirkan yang ni rasa macam serik nak bersalin pon ada jugak. Hehehe. Baru masuk 2 anak.

So back to the story. Alkisahnya 19hb september tu aku da overdue 6 hari n da diarahkan ke hospital untuk untuk buat CTG scan nak cek jantung baby n ada contraction ke idok. Aku ni kadang2 rasalah jugak sakit2 contraction tapi sakitnya dalam 1 malam n selangnya pon 20minit skali pastu hilang. So takdelah gelabah sangat nak gi hospital ke apa. Pegi hospital buat CTG n doc pon cakap baby ok. Tanya ada sakit tak, aku cakap ada skali skala. So dia nak seluklah. Lastime Rania masa kena seluk agak sakitlah but this time ok sketlah. Doc cakap ada bukaan dalam 3cm. Dia cakap bole masuk wad dah tapi aku request untuk dudok rumah sebab rumah dekat je n doc benarkan.

Balik rumah sempat lunch dengan en suami since dia cuti half day. Tiba2 kul 130pm rasa sakit contraction every 5mins. Aku da start mundar mandir dalam rumah nak kurangkan sakit. Aku call mak aku suro hantar pegi hospital. Kul 230pm sampai hospital doc check. Bukak 3cm tapi da masuk fasa aktif. So kul 3pm masuk wad bersalin. Masa tu sakit memang da kuat. Rasa macam nak hentak kepala kat dinding je. Kebetulan ramai orang nak bersalin aritu. Ada doc suro aku balik rumah sebab tak cukup bilik bersalin n ada orang da bukak 5cm. Tapi since contraction aku da reaktif sangat, aku tak bole balik.

Doc yang jaga aku doc laki cina. Siap masa tengah cek jantung baby dia tertido sebelah aku.Masa tu rasa nak gelak pon ada tapi sebab da sakit sangat aku tak mampu nak gelak. Sampai las2 ada kawan dia datang kejut dia. Jantung baby plak sekejap2 nanti jadi slow. So doc cakap kalo dengar jantung dia da tak laju n kuat dia suro goncang2 sket perut tu guna tangan. Masa ni doc da pecahkan air ketuban. Pukul 5pm doc inject epidural. Sebab sakit da sangat2 reaktif like every 2mins skali tapi bukaan masih 3cm. Masa rania epi siap buat aku tido every 5mins but dis time epi tak memeberi effect pon. Doc suro sedut gas pon aku rasa tak berkesan jugak.

Kul 6 lebih en suami sampai. n aku siap nangis sebab sakit sangat n terlalu dekat sangat selang contraction nya. Aku siap pukul bahu en suami n squeeze tangan dia bila datang sakitnya. Kalau tadi rasa sakit sampai nak hentak kepala kat dinding but dis time aku rasa nak jelar perut n kuarkan baby dari perut. Hahaha. Kul 7pm tak bersalin n bukaan masih 3cm lagi so doc bagi induce. By 9pm kalo tak bersalin jugak kena operate lah kot.

Jantung baby kejap2 drop. So doc suro ngiring ke kiri plak. Masa ni doc kadang pegang perut untuk cek n dalam hati aku macam nak penampar je dia. En suami pegang pon aku marah sebab da sakit2 orang sentuh memang macam apa je rasa dia. Contaraction datang 2 minit skali tapi sakit contraction akan stay for 1 n a half minute. So free from contraction setengah minit je. n Dalam kul 8 tu setiap kali contraction aku cam ade rasa nak teran tapi bole tahan lagi. Sampai 830pm aku tanya doc bole tak aku teran sekarang. Doc xek n cakap baru 7cm. Tahan dulu. Elok je dia kuar tangan aku rasa contraction yang skali dengan rasa nak teran.

Masa rania kau rasa macam nak berak je. Tapi yang ni aku rasa memang nak teran. Doc tak rwady pape lagi tapi aku memang da tak mampu nak tahan sangat2. Aku cakap aku nak teran aku tak tahan da n terus je teran. Dalam 3 kali push aku da kuarkan kepala. Doc suro tahan jap untuk bahu tapi aku tak bole nak tahan jugak so aku terus push n kuar terus budak tecik tu. Doc pon letak atas badan aku dengan darah2 tu n baby pon nangis. So pukul 838mlm lahirlah seorang bayi perempuan seberat 2.8kg.

En suami azan n iqamat atas badan aku je sebab tak brani nak pegang baby. Masa kena jahit doc cakap dengan aku yang tali pusat baby dekat leher sebab tu jantung baby slalu drop. n yang menjahit aku nurse pelatih. Sumpah kasar n sakit ok. Masa rania aku tak rasa sangat pon sakit jahit tu walaupon banyak. But kali ni sampai sekarang aku masih rasa sakit. Jalan pon da macam hape je sebab bengkak jahitan tu. Ni da ok sketlah. Few days lagi baiklah in sha Allah.

Pantang kali ni tak dapat nak makan jamu sangat sebab aritu minum ubat periuk, baby berak banyak. kesian plakkan. So aku just amek jus delima, air madu n habatus sauda. Nanti da lepas 2 minggu baru aku sambung makan jamu2 n minum ubat periuk. Sekarang tengah musim panas kat sini. Jadi aku harap sesangat ari2 ujan. Panas sangat bila tak ujan. Dahlah berbengkung tiap masa kan. Rasa berlengas je sampai naik ruam da badan ni.

Oklah kengkawan. Stop sampai sini dulu k. Nanti senang2 sambung lagi k.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails