C o m e A n d J o i n M e =)

Friday, September 27, 2013

Rania as a sister

Rania as a sister...

Rania masa aku gi hospital die dekat taska. Kalo korang baca entri aku before ni, aku ada cite pasal aku balik rumah lepas kena cek up kat hospital. n 1 of d reason nape aku nk balik rumah adalah sebab aku nak fetch rania dari taska before gi hospital. Aku kalo bole nak amik dia balik taska n bagitau aku nak gi hospital nak kuarkan adik dia tapi tak sempat.

So lepas bersalin aku mesej mak aku tanya how was she. Mak aku cakap dia tak nangis tapi asik tanya mana ibu. bila mak aku cakap aku kat hospital dia iyakan. But nanti tanya lagi aku mana n dia jawab sinri aku kat hospital. Masa tu aku rasa sedih sangat sebab tak dapat jumpa dia. Malam mak aku cakap die tanya lagi. Aku suro mak gosok2 belakang badan dia sebab before tido aku gosok2 badan dia.

Pagi tu sempat aku berbual dengan dia dalam fon. Menangis aku dengar suara dia. Rasa rindu yang amat n tak dapat bayangkan aku tak jumpa dia kalo lagi lama. Almaklum kitorang tak penah separate pon. Setiap malam mesti tido sama2. So rasa macam sedih sangat bila tak jumpa dia 1 malam.

Esoknya bila aku balik dari hospital aku nampak rania dalam rumah berlari gi bukak pagar sambil nangis sebab tau aku da balik. Bila en suami da park kete dia lari ke kete sambil nangis n sebut ibu. Masa aku turun kete die nampak aku dukung baby n terus airmuka die berubah senyum sambil cakap,"eh baby". cepat2 dia masuk rumah nak tengok baby. Lepas tu dia asik cium adik dia n biasalah kadang2 ngeri gak aku tengok cara dia bermanja dengan adik dia but i know she loves her adek.

Malam dia nak tido dengan aku tapi aku suro die tido bawah dengan mak aku. Dia mula taknak but since aku explain  kat dia yang aku kat atas katil n dia kat bawah leh nampak aku, dia tido kat bawah dengan mak aku. Tapi malam tu dia bangun few times nangis sambil hentak2 kaki. Aku tau dia sedih sebab tak dapat tido dengan aku. Dis few days dia tido bawah sorang dengan aku n kadang2 bila terjaga die macam marah gaklah n semalam dia kena marah dengan aku sebab buat macam tu malam2 buta so harapnya pasni tak buat lagi dah. So sekarang rania asik kena marah je sebab dia rajin jugak buat peel2 pelik. Walaupon aku tau masa pantang patutnya tak bole marah but peel die tu kadang memang menguji kesabaran.

Tapi pecayalah anak, sayangnya ibu kat kamu Allah je yang tahu. Aku taknak spoil kan dia sampai jadi tak bole nak kawal nanti. As a 1st child, apa2 je yang jadi kat aku or dia, aku akan cepat je sayu or hiba. Slalu pikirkan perasaan dia sebab aku pon anak 1st jugak n i know kadang2 ada rasa terpinggir bila da ada adek nanti. Aku harap aku mampu jadi mak yang baik n adil untuk anak2 aku nanti although i know it will be tough.

Ibu janji, abes pantang nanti ibu bawak rania pegi main kat playland lepas tu kita beli hadiah untuk rania k. Ibu belom belikan Rania adiah besday lagikan. So lepas pantang kita pegi pilih ok. I love u so much Rania!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails