C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, September 9, 2013

Rania Azzahra

Minggu ni aku masuk 39minggu. Baby rasanya masih selesa di dalam perut. Takpelah sebab aku pon masih seram2 nak bersalin. Hehe. Takut kot. Sejak aku pregnant benda yang slalu buat aku sedih adalah Rania. Maksud aku bukan macam sebab anak derhaka or sumting yang macam tulah. Everyday before today, aku tengok dia. Aku rasa kesian kat dia. She is no longer the main attraction. Now da kena share dengan adik dia.

Dia lately ni suka jadi macam baby balik. Kadang2 saja nangis macam baby sebab nak attention. Lagi bila da kuarkan balik baju2 baby, katil baby n all baby stuff lagi lah dia rasa nak jadi baby balik. n slalu jugaklah dia jadi cranky. Orang cakap normal budak2 pesen perangai jadi lain macam sebab nak dapat adek. So perangai pelik dia tu slalu buat aku hilang sabar. Kalau time bole tahan aku bolelah layan. Tapi bila aku da tak tahan memang kena jugaklah lepuk. Kena rania sekarang kalo kena marah pon dia akan nangis. Lagi tak bole blah kalo kena lepuk nanti dia akan nangis sambil mulut menceceh2 mengadu. Kadang rasa klaka pon ada bile die buat gitu sebab aku tak faham apa dia cakap.

Slalunya dia tido before aku tido. Sebab dia sekarang siang susah nak tido. Do kalo malam masuk dalam bilik, tutup lampu, sapu bedak n gosok2 badan cepatlah die lelap. Kadang masa dia tengah tido2 ayam tu aku suka tanya dia. Nanti dia jawab dalam keadaan mamai or just angguk2 kepala. Slalunya masa tu aku cakap aku sayng dia n mintak maaf pada dia kalo aritu aku ada marah or babap dia n slalunya dia iyakan or angguk kepala je.

Semalam masa aku nak lelap kejap waktu siang, aku cakap kat dia aku nak tido. Aku suro dia tengok tv jap. Aku pon tido depan tv je. Pastu dia amik sapu tangan tutup badan aku n cakap gudnite sambil cium pipi banyak kali sama macam aku buat time dia nak tido. Rania da nak jadi kakak da. Harapnya bila adik dia keluar hilanglah kebosanan dia sorang2 kat rumah. Tapi macam mana pon kena tunggu adik dia besar jugak baru bole main sama2 kan. Jom layan gambar Rania. Arini genap 2 tahun 7 bulan makcik kecik ni.








1 comment:

mrs_nazir (Maz) said...

farah pon sama suka nanges nak attention..kadang takde ape pon..suka jeles dgn adik.. sian jugak kan kt diorg slalu kne marah & kadang kne babap..huhu..

risau gak,. tp rania pon camtu jugak yer..budak nak membesar ni macam2 ragamnyakan,...huhu.kita kena sabarrr byk2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails