C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, November 19, 2013

Im struggling..are you?



Video ni aku da ulang so many times. Bukan je sebab aku suka tengok tapi just to remind me all the beautiful things in life yang kita kena appreciate especially anak2 aku. Aku taktau lah mummy blogger lain macam mana but Im struggling dealing with my temper. Of cos lah dengan Rania sebab Qisya kecik lagi. Masa Rania sorang da rasa penat nak urus rumah nak urus anak now tambah lagi 1. Allah aje yang tahu penantnya. So kadang2 bila Rania silap sket aku ni cepat je melenting. Kadang bukan tak sedar tapi sedar n aku pon kerap ingatkan diri supaya sabar SABAR n SABAR. Tapi itulah yang paling susah. Sebab tu Rasulullah bersabda manusia paling kuat adalah manusia yang menahan marahnya.

Bila macam gini aku faham situasi mak aku dulu2. Aku anak 1st n mak memang paling slalu marah aku. Everything aku kena dulu. I guess anak2 sulung merasa semua ni. Salah kita confirm kita yang kena n salah adik2 pon kita yang kena. Now Im in her shoe. Aku kadang dapatlah bertahan dari marah Rania 4 hari n then masuk hari ke 5 da hilang plak. So bila sedar sabar tu da menipis ingatkan diri balik tapi macam yang aku cakap, sangat2 tak senang nak bersabar dengan kerenah anak 2 tahun ni. So aku suka kalau ada video2 macam ni. Dia macam reminder kenapa aku kena didik anak aku baik2. Aku sure Rania pon macam budak2 ni. Bila tanya apa istimewanya aku kat mata dia, dia takkan ingat macam mana aku marah dia sume. n kalau bole aku taknak dia ingat benda2 yang macam tu sepanjang hidup dia.

Harini aku cek up Qisya 2 bulan. Mula aku bawak Rania skali. Makcik ni plak masa sampai klinik da cranky sebab ngantuk. Aku dengan Qisya lagi dengan ramai gila umat manusia dalan klinik tu dengan nak pegang beg lagi. Kelam kabut. Rania bila aku reject request dia, dia akan start tendang2 kerusi bagai. Masa tu mana lah tak geram kan. So aku decide hantar dia gi rumah babysitter. Masuk kete dia da melalak. All the way ke rumah babysitter dia nangis sambil sebut ibu non stop. Da macam berzikir. Aku diam je sebab malas nak layan. Kang kalau dilayan tak jadi bawak kete plak. Nasib Qisya da tido. kalau tak mesti makcik tu akan nangis gak bila dengar kakak dia nangis. At 1 point Rania tukar zikir dia jadi sayang ibu plak. Rasa macam sebak plak n klaka pon ade gak masa tu. Last2 aku suro dia hisap susu sebab nak kasi dia diam. Jenuh gakkan perjalanan 40 minit dengar budak melalak je. Bila sampai rumah babysitter dia da berenti nangis n turun kete terus salam n cakap sori. Alahailah anak. Harap aku dapat improve sifat2 keibuan yang lebih penyabar. Ibu loves both of you so much!

3 comments:

hazlina azmi said...

nice blog!!hihihi!!blogwalking..jemput follow blog saya ya
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

rohaya abdul razak said...

sila la lawak ke teratak saya... sumaiyahboutiques.blogspot.com

rohaya abdul razak said...

sila la lawat ke teratak sy... sumaiyahboutique.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails