Skip to main content

first entry for 2014

Assalamualaikum wbt readers,

Lama sangat tak update blog ek. kalau blog ni ada kat alam nyata sure da berkarat berhabuk bersawang bagai. Silap2 jadi sarang tikus ke hape ek. Btw, da masuk tahun baru. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur. Masih bernyawa untuk melihat anak2 membesar dan membayangkan apakah perkara besar yang bakal berlaku lepas ni.

Ada ke resolusi? Entahlah. Everyday pon ada je niat nak buat sesuatu. Especially part nak jadi hamba Allah yang lebih dekat dengan Dia, jadi istri yang taat, jadi mak yang baik. Everyday pikir macam tu. Tapi cakap memang lagi senang dari nak buatnya. macam kalau tanam dalam hati n pikir benda tu rasa macam memang bole buat tapi bila nak buat, payah nya macam nak angkat batu 100tan. Tapi takpelah usaha sket2 tu lagi baik dari takde langsung kan.

Anak da 2 ni kesibukan makin menjadi2. Kalau dulu Rania bolelah dikategorikan sebagai baby yang baik sangat2. Qisya ni lebih agresif. Kalau lambat angkat, nangis, kalau lambat susu, nangis. Pastu sibuk dia angkat badan macam nak bangun dah. Takde nak blaja meniarap ke apa. kadang2 aku yang ngeri. Since dari day 1 dia macam tu. Excited nak besar kot. Dari dalam perut dengar kakak main kat luar.

Aritu masa dalam hari taknak bangun malam kan. Now dia lah yang bangun sejam skali nak menyusu. Lepas hantar babysitter dia tahu dia kena minum pakai botol siang hari, so balas balik waktu malam. Hahaha. See how clever babies are. Jangan underestimate diorang ok. Tapi Alhamdulillah walaupon sebok bagai nak rak, tak cukup tido semua tapi masih lagi mampu buat keje2 rumah. n actually Rania sesangat membantu. Walaupon dia baru nak masuk 3 tahun tapi dia memang pembantu aku lah.

Kalau aku nak solat or mandi, adik dia nangis, she will entertain her sister. Kalau da try2 entertain tapi still nangis lagi baru dia panggil aku. Semalam aku mandi, Qisya kat bawah merengek. Masa aku mandi tu rupanya dia siap naik tingkat atas, amik puting adik dia n turun balik bawah n bagi dia puting. Aku ingat nak bawak puting tu turun lepas mandi. Dia tahu apa nak buat kalau adik dia nangis. Kalau aku tengah masak ke busy buat something n adik dia bangun masa tido dalam buai, dia akan enjut buai tu sambil selawat. Aku amazed sangat tengok dia tahu nak buat apa walaupon baru 3 tahun. Kadang kalau aku tengah pujuk Qisya merengek masa nak tido, nanti dia sanggup cari kain bedung adik dia n bagi aku sebab dia tahu aku slalu bedungkan Qisya bila dia susah sangat nak tido.

Tahun ni raya aku plan nak jahit baju raya diorang. Semalam da potong kain dah. Nampak bentuk macam dah ada tapi taktahulah jadi ke idak. Hehehe. Tinggal tunggu bos besar belikan mesin jahit sebab takde mesin nak jahit. Bukan setakat baju kurung je aku nak buat, seluar, dress sume aku nak buat ni. Walaupon takde asas, takde kelas menjahit sume tapi niat berkobar2 tu akan make sure jadilah rupa baju tu, cuma taktaulah cantik ke idok. Kalau senget ke hape, anak sinri yang pakai kan..hahaha.

So, jom layan video 2 beradik tu aku nak upload kat sini.















Comments

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…