C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, April 14, 2014

Lebih mencabar

Assalamualaikum readers,


Lama sangat tak update kan. So macam mana 2014? ok? Setakat ni ok lagilah my 2014. Aim nak abeskan blaja tahun ni. Mentally n emotionally tired untuk study. Maybe memerlukan rehat yang panjang before bole memerah otak yang tak brape diperah ni. Masa tulis ni kepala ingat nak tido. Tapi rasa macam nak tulis dalam ni. So tulis jelah.

Terkini, PENAT sesangat melayan kerenah 2 orang puteri kat rumah tu. HoMAk GuArDDDD! Ponat seriously. Bayangkan (please bayangkan bebetul)...both craving for attention. Rania suddenly jadi manja n gegedik lebih sket sebab tengok adek asik dipegang dibelai. Dia bukan jeles tau tapi nak attention. Yang Qisya plak memang nak melekat 24 jam. Balik dari keje, sampai rumah pukul 4 lebih. Keluarkan ikan dari peti ais untuk masak. Sambil tunggu defrost, layan anak2 kejap n slalunya si Qisya akan tido masa ni. So solat dulu n lepas tu run to the kitchen, masak laju. Rania akan main or tengok tv masa ni. Kalau nak buat ibu dia marah pon kadang masa ni jugak. Abes masak, kekemas rumah sket. Tapi slalu tak dapat pon nak kemas sebab Qisya da bangun da.


So layanlah budak 2 orang ni. Tup tup tup da pukul 6 lebih. Ok nak mandi. kalo mood Qisya ok dapatlah mandi dalam keadaan aman. Kadang terpaksa mandi dengan tangisan budak macam kena dera kat luar toilet. So mandi berdesup2 macam kambing aje (eh tapi wangi tau). Kadang2 aku tunggu je sampai en suami balik rumah baru mandi. Kul 7 tunggu en suami balik untuk dinner. So malam baru bole relax sekejap sebab ada assistant da. Pagi macam biasa buat sarapan n then mandikan budak2 ni. Dengar macam "eleh senang macam tu pon penat" but when u said masak means ade kopek2 bawang, kemas2 dapur lepas masak, ade basuh2 pinggan n segala periuk kuali, ade kemas2 pinggan yang da cuci. Bila sebut kemas rumah, ade part sapu lantai, buang sampah, kemas tempat tido, n each work to ambil masa at least 5-15 minit. So jangan pandang remeh ek tugas2 ni. Salute to all mak2 yang full time jaga rumah n anak2.

But on top of that, I just grateful Allah masih kurniakan anak2 dan suami untuk dijaga, masih ada rumah untuk dikemas, masih ada rezeki untuk dimasak. Patut bersyukur banyak2 kan. Ada orang nak duduk kat tempat aku sekarang. So tolaklah semua penat2 tadi n tukar dengan rasa syukur.

So jom layan gambar2 anak2 yang super duper cheerful.







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails