C o m e A n d J o i n M e =)

Tuesday, May 20, 2014

Formspring

Assalamualaikum readers,
Da lama bebenor x ngomel kat sini. Bz is my middle name hokeh. Malaslah nak tulis bz kenapa sebab reason nya lebih kurang sama je everytime tapi now tambah lagi 1 reason sebab online shop da aktif sket. Hehe. Sape2 belom follow leh follow dalam fb (voguelicious) or ig (voguelicious_). *sempat nyah promote :-P

So macam tajuk kat atas tu kan. Sajalah nak cite kat korang. Aku ni da lama ada akaun formspring. Rasanya 3 4 taun lepas masa pemes orang buat aku pon tak ketinggalan buat jugak tapi hampeh lah memang tak guna pon. Buat saja meramaikan user formspring. So adalah jugak notifikasi dari formspring bila orang tetanya soalan. Kadang soalan meraban je pon. So bo layan lah.

So baru2 ni dapat soalan pasai rumahtangga. Wah kebabom. Rasa macam pakar motivasi (ke moti-basi hahaha) plak. Dia tanya, apa perasaannya setelah 4 taun berkawen? Sama ke macam awai2 kawen lu? Hamboi soalan ko. Kalah Mak Jemah.

Ni aku respon. Jawapannya of course tak sama. Ko tanya semua orang yang da kawen aku bole jamin 99.9% jawab tak sama. Aku yang baru 4 tahun ni pon bole rasa kelainannya. So taktau after 20 years macam mana. Aku taktau orang yang PJJ macam mana plak. Maybe dorang rasa sama sebab jumpa skali skala. Orang yang takde anak pon aku taktau camne sebab maybe sama jugak sebab alway berdua tanpa 'gangguan' anak2.

Tapi untuk aku memang lain. Kalau dulu asik berkepit, da kawen kureng lah lagi2 bila da ada anak. So aku slalu nak suggest ni, please kawen awal (untuk elak dosa berkepit tu) but if possible rancang untuk ada anak lambat sket. Macam korang kawen umur 20 ke 23 then ada anak masa umur 25 ke atas. So ada masa untuk bercintan cintun tanpa berdosa sebab dah sah. Ada orang tak setuju sebab takut susah lekat after tu tapi pada aku tu semua ketentuan Allah. Islam pon tak larang nak plan untuk anak. Sebab pada aku lah, bila da ada anak, masa bersama pasangan akan kurang. Kadang lepas kawen tak sempat pon nak berkapel2 dengan suami sepuasnya, ada plak komitmen anak. So first time being a parent ni mencabar. Time bersama pasangan akan sangat2 kurang.

Aku lepas kawen actually nak plan tapi en suami taknak. So takkan nak melawan cakap laki plakkan. So anniversary pertama celebrate dengan anak da. So masa berdua dengan en suami after kawen sekejap je. Bukan nak cakap tak best ada anak tapi nak bagitau bila ada anak memang susahlah nak berkepit macam masa takde anak. Either 1 of u tertido masa tidokan anak or 1 of u tido awal cos too tired. Unless korang ada helper kat rumah. So bolelah kalo seminggu skali nak ade date nite ke hape. Kalo macam kitorang, kalo nak buat date sebulan skali pon susah sebab laki aku susah nak amik cuti. Bos jegil2 bijik mata kalo mintak cuti (please b find other job 😓😓😓 )

Lagi, lepas kawen please don't expect things yang korang expected especially dari movie2 yang korang tengok or dari sikap2 para suami semasa dorang belum jadi suami. Bukan semua laki macam ni tapi aku bole jamin lebih dari separuh suami akan macam ni. Macam laki aku, before kawen pandai je kadang2 cari bunga buat surprise walaupon takde special occasion masa tu. Bagi kad lah, mesej sweet2..lepas kawen, tunggulah lepas kena sindir dalam blog baru ada bunga (ada sesapa terasa ke 😝😝😝) Itu pon masa awal 2 tahun kawen. Now, memang takde langsung. Even ada peristiwa besar macam melahirkan anak pon tak nampak jambang bunga sampai walaupon kat bawah hospital biasa ada orang jual hadiah, bunga n etc. So kurangkan expection tu supaya kalo dia tak buat lagi benda2 sweet tu korang tak meroyan sangat. So para wanita, kalo nak jugak bunga, pakat dengan adik beradik ke kawAn2 ke time mothers day or birthday suro tukar2 bunga. Tak pon beli je bunga suro dorang delivery kat rumah 😆😂😂

N 1 more thing yang aku notice, laki aku attached bebenor dengan fon n tv. Kadang2 penat aku cite kat dia lepas tu few days bila aku tanya or cite balik kat dia, dia cakap taktau n tanya plak nape aku tak cite kat dia. Kalau tengok tv memang bole sampai tido depan tv tu. Kadang2 nak aje aku nikahkan dia dengan tv tu. So moral of d story, lepas kawen memang da kurang lah attraction suami kepada kita. Bukan sebab tak sayang tapi sebab da jumpa slalu so kuranglah sket attractionnya tu (-___-) (kita pon sama kan sebenarnya :-p :-p)

Tapi above all ni, jangan sesedih. Kita kena ingat yang kita pon da berubah jugak n kemungkinan pasangan kita pon pikir benda yang sama. Make sure ada masa berbincang sama2. Kalau takde masa berbincang, ngadu pada Allah. Dia penyelesai segala masalah. I believe first 5 years are d hardest part in marriage. In sha Allah lepas tu ok :-) Bila kita rasa susah or stress, sentiasa tengok bawah. Tengok orang lain yang ada masalah lebih besar dari kita (reminder untuk aku juga). Memang ada dalam al Quran bagitau Allah akan uji hamba dia sebagai tanda kasih sayang Dia pada kita sebab Dia nak bagi ganjaran pada kita. So jangan risau sangat apa yang bakal jadi dalam perkahwinan kita sebab semua tu Allah da takdirkan. Overall ok je. Ada ups n downs. Perubahan of course akan berlaku. Kan pelik kalau tak berubah cuma ke arah baik buruk tu pilihan sinri. U bole imagine how u want to be bila da tua n work towards ur imagination tu in sha Allah. Doa doa doa.

Oklah nak stop ngomel. Nak tidoq. Sape belom beli baju raya tu, bole jenguk2 Voguelicious tau (^u^)


1 comment:

Cinoi said...

Ehehehe ai baru nak masuk 2tahun and xde anak lagi. Sooo memang macam bercinta la sangat perangainyerr overr mak jemahhh hahahaha. Asekk bkepit je klu boleh hari2 nak lunch sama, sbulan 2-3kali je kot x lunch sama. xtahu lagi yg akan datang cmne semoga kita semua berbahagia la hendaknye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails