C o m e A n d J o i n M e =)

Monday, January 12, 2015

Shame on me

Harini Rania buat aku tersedar. Kepala aku mcm terhntuk tersedar dari lamunan panjang. Bila benda mcm ni jd, aku slalu pikir ini adalah salah 1 cara Allah bagi mesej pd aku. Eh kau da lama x ni dan ini dan ini. Eh kau da lupa nak buat itu dan ini. So harini adalah 1 of those days. To be truth, aku lately mcm lost. Aku xtau nak explain mcm mana tapi aku macam terkapai2 kat tengah lautan, sorang2 where i don't know where to go, who to find, aku xtau ape aku nak, ape aku cari. Rasa lost. 

So aku hidup dalam dunia aku je. Aku hidup macam biasa. Tak nampak tanda kemurungan ke apa. Tapi bila aku marah, aku marah sangat2. Kadang2 rasa macam hati nak meletop. Aku macam takde emosi lain yang menyerlah just marah je. I was regret doing so many things. I forget to count my blessings. I compare my life with others n ask Allah y are they so fortunate. So benda2 ni buat aku tenggelam dalam dunia aku sendiri.

Aku care less pada anak2 n suami. Tapi paling kesian is anak2 aku. 24 hours dengan aku. So they see me all the time. Laki aku dia da dewasa. Most of the time pon dia hangout dengan kawan2 dia. Aku lepak rumah dengan anak2, 24/7. Aku tak kuar dengan kawan or pegi bersosial. Anak2 aku kawan2 aku, kawan2 aku adlah anak2 aku n which takkan aku nak borak dengan dorang pasal apa aku rasa. Tak paham kot dorang.

So back to the story, malam tadi rania cakap. "Ibu dulu masa rania kecik2 macam qisya, ibu slalu bacakan rania buku cerita masa nak tido kan". Masa tu aku pegang henpon belek2 fb orang. N dengan tv terpasang aku pandang rania sambil dengar apa dia cakap dalam kebisingan tv. Aku panggil dia dok sebelah aku n cakap kat dia suro ulang apa dia cakap sbab aku x clear. Tapi hati aku da tersentak.

Dia cakap lagi masa kat sebelah aku. "Rania baca buku cerita qisya masa rania dudok bilik sorang2". Hati aku berderau n airmata aku menitik. Astaghfirullahalazim. Rania belom pandai baca so aku pasti apa dia buat adalah buat2 baca dengan bahasa dia sendiri. Apa aku da buat kat anak aku ni. Aku da abaikan dia. Aku tak ingat last aku mewarna or baca buku sama2 dia. I was so busy with my what-i-tot-was-so-huge problem n neglect her. Mak apa aku ni. So aku suro dia amik buku tu. Tau x buku tu buku apa. Buku tu sangat kecik. Ceritanya untuk satu page ade 2 or 3 ayat saja n total mukasurat bertulis cuma ada dalam 4 pages sahaja.

Brape minit untuk aku spend baca buku tu pada dia? 5 minit atau kurang n aku tak bole nak spend pon 5 minit baca buku untuk dia dari 24jam yang Allah bagi pada dia. Aku rasa macam hati aku kena tikam. Most of the time bila aku tau die boring aku akan suro die pegi amik buku color n color sinri, amik permainan n main sinri, semua benda aku suro buat sinri. N aku tak sedar dia makin besar n one day dia memang akan buat semua sendiri n keluar hidup sendiri n bila da ade famili sendiri takkan aku baru terhegeh2 nak jumpa dia slalu, padahal masa dia perlukan aku, aku taknak plak layan dia.

So aku tau ni peringatan Allah pada aku. Aku ke Rania ke takkan ada each other forever.1 day dia akan tinggalkan aku. 1 day dia akan worship kawan2 dia, or suami dia lebih dari aku. So y not aku make use masa sekarang utk jadikan masa Allah bagi ni berbaloi. Bila rania ingat apa aku buat pada dia masa kecik, maksudnya benda2 kecik yang kita buat utk tunjuk kita syg, walaupon kecik pada kite or tak penting, it means alot to them. Aku tau parents lain mcm aku jugak. Kadang kita hadiahkan anak kita macam2 sebab kita tau kita kurang masa n layanan untuk dia. Tapi aku rasa bole sebenarnya spend 1 masa khas untuk dorang macam solat magrib berjemaah n dinner sama2. Walaupon macam takde pape tapi aku sure bila besar benda macam ni akan buat hati dia ingat pada kita slalu.

Aku harap aku ingat benda ni slalu. Untuk jaga anak2 aku sesempurna mungkin. Apa yang kita buat pada anak kita harini hasilnya bukan nampak esok tapi bila dia besar. Masa dia da mampu ajga diri sinri. Masa tu kalau dia berjaya n dapat jaga kita baik2, maksudnya kita berjaya didik dia in sha Allah dunia akhirat. Kalau masa tu dia pon just bagi duit bulan2, mungkin ada lah silap kita kat mana2 wallahualam. Sebab Allah berfirman, perbuatan baik Allah balas baik n janji Allah itu pasti.

Terima kasih ya Allah untuk peringatanMu n aku harap kalau ada parents yang baca ni pon lebih kurang macam aku, jomlah kita perbaiki diri jadi parents yang lebih baik. Susah jadi mak bapak ni. Tanggungjawabnya berat. Semoga Allah permudahkan.

2 comments:

Mummy Chubby said...

Dah lama kamu tak update blog but once u update my tears drop dear...how gadget took away our life from them kan.awak untung ada 24/7 dengan anak-anak.mcm akak suami isteri bekerja.so bila dirumah, akak mmg cuba sedaya upaya simpan phone or else.try main-main dgn anak-anak.dengar kakak story 'bout her school.wlpn penat, have to gak kan..weekend spend time breakfast kat luar.walapun my daughter dh 8 tahun, akak masih xdedahkan sgt ngan gadget.akak kena tegas and mention her "dun ever touch mami & ayah phones".thanks for your write...skit sebanyak terkesan kat hati akak ni...heheee

nurarinab said...

Sis! lama kan da x berblogging. Jarang da bukak blog sis. Tapi bila rasa taktau nak luah kat sape, rasa macam nak berblog plak. Betol lah Sis. Kadang penat kita ni tak tercakap. Penat kan jadi parents tapi memang itulah tanggungjawab kita. Rania memang tak bole main gadget2 ni sis. Saya tak bagi die main. So slalu bila die taktau nak buat ape die akan color2, lukis2, buat abc, tapi kita ni plak yg leka dgn gadget. Anak buat sorang2 semua benda. So tulah silap kita sis. So skrg nk improve myself. Just pegang fon bila anak2 tido. Tamolah abaikan dia sampai die besar nanti. Takut menyesal tak sudah plak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails